Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Thursday, June 24, 2010

Header ~ Malaysian Online Baby Shop

Rekabentuk ini dihasilkan sempena menyertai contest anjuran MOBS atau Malaysian Online baby Shop. Penghasilan setiap rekabentuk dilakukan secara berperingkat.
Rekabentuk pertama
Rekabentuk Kedua
Rekabentuk Ketiga Rekabentuk Keempat
Rekabentuk Kelima
Rekabentuk Keenam
Rekabentuk Ketujuh Rekabentuk Kelapan
Anda berminat dengan rekabentuk sedia ada
tapi perlukan perubahan warna, caption dan tag blog?

Header ~ Iem

Rekabentuk header ini dihasilkan sempena tempahan dari Iem. Sebanyak 3 rekabentuk dihasilkan. Dan rekabentuk final diubahsuai gabungan dari dua header mengikut kehendak pelanggan. Diharapkan Iem berpuas hati dengan hasil rekabentuk ini.

Rekabentuk pertama

Rekabentuk kedua Rekabentuk ketiga Rekabentuk pilihan Iem
Gabungan idea rekabentuk pertama dan rekabentuk ketiga.

Wednesday, June 23, 2010

Header ~ cost

Untuk makluman para pelanggan, harga header telah ditetapkan seperti yang tertera dibawah. Jemput emailkan sebarang pertanyaan kepada saya melalui email saya: washifalo@yahoo.com.
Untuk paparan lebih jelas, sila klik poster di atas
Jemput klik badge ini di sidebar untuk ke entry cost header
Penerangan lebih jelas
>------------<
Header Dolly:
RM35
Header Dolly rekabentuk sedia ada:
RM30
Peruntukkan 3 dolly secara percuma untuk setiap header dolly. Sekiranya ingin menambah bilangan dolly, bayaran rm5 dikenakan setiap satu rekabentuk.
>------------<
Header Gambar Peribadi:
RM25
Header Gambar Peribadi rekabentuk sedia ada:
RM20
Tiada had gambar. Gambar hendaklah jelas untuk paparan visual yang baik.
>------------<
Maklumat Lanjut berkenaan rekabentuk Header Wansteddy:
  1. Bagi rekabentuk sedia ada. Perubahan pada dolly, gambar, tajuk dan ayat pengenalan blog tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan.
  2. Anda boleh memilih tema header, jenis pakaian untuk kategori dolly. Sama ada rujukan dari gambar peribadi atau imaginasi pilihan anda. Sebagai contoh: Dolly anda mengenakan pakaian ala Cinderella.
  3. Saya akan merekabentuk beberapa header. Pilihan di tangan anda.
  4. Sebelum header final dipilih. Anda diberi kuasa sepenuhnya membuat pindaan pada rekabentuk saya. Diskus pereka & pelanggan.

Sebarang kemusykilan, jemputlah emailkan kepada washifalo@yahoo.com untuk makluman yang lebih jelas. Terima kasih kerana sudi mengambil masa anda membaca entry ini.

Badge ~ Blog Iem

Rekabentuk Badge ini dihasilkan untuk Iem. Sebelum menunjukkan rekaan terakhir, aku dah siapkan 5 badge khas untuk Iem. Tapi hanya 3 aku persembahkan kepada Iem memandangkan dua rekabentuk lagi kurang memuaskan hatiku. Aku suka rekabentuk yang sempurna. Harapanku Iem gembira dengan rekabentuk badge ini.
Rekabentuk pertama ~ Pilihan Iem Aku pun sukakan rekabentuk ini. Nampak klasik dan romantik. Imej kasih sayang.
Rekabentuk Kedua Anak teruna Iem ni memang makan gambar. Pandai bergaya ditambah dengan ekspresi wajah super cutenya tu.
Rekabentuk Ketiga
Rekabentuk ini bertemakan romantik. Suka tengok gambar ibu dan anak ni. Seronok hasilkan rekabentuk untuk Iem. Sebab aku pun memang sukakan tema vintage.

Header ~ Mummy 2 Haq

Rekabentuk pertama
Rekabentuk kedua
Rekabentuk ketiga
Rekabentuk keempat
Rekabentuk ini dihasilkan sempena menyertai contest bina header anjuran Mummy 2 Haq.
Sekiranya inginkan template rekabentuk yang serupa. Boleh tukar gambar dan caption dalam header mengikut kehendak anda. Setiap satu ditawarkan pada harga RM 20 sahaja.

Tuesday, June 15, 2010

Gubahan Kad Raya

Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri nan mulia, aku berkesempatan menghasilkan beberapa kad raya untuk kawan2. Wat sehabis sempoi tapi agak mengambil masa sebab aku selangkan dengan pantun raya. Seronok wat kad raya ni. Tambah2 bila kawan2 saling hargai. Akan datang kalau berkemampuan aku watkan lagi selagi belum cuti ni.

Monday, June 14, 2010

Header Design ~ Momma Mia

Header ini dihasilkan untuk Momma Mia aka Alin. Permintaan Alin sangat mudah. Beliau cuma mintak aku design dolly header untuk beliau. Tapi yang mudah itulah rumit sebenarnya. Bila aku dibekalkan dengan kepercayaan oleh pelanggan, usaha itu perlu dua kali ganda lagi. Disebabkan aku tak dibekalkan gambar oleh Alin. Aku terjah blog beliau hari demi hari untuk ceduk gambar keluarga Alin untuk hasilkan dolly khas keluarga mereka. Maaf ye Alin... hehe...
Design pertama, dolly Alin. Kerana rekabentuk wanita ini memang sedia ada. Aku cuma ubahsuai warna pakaian dan posisi dolly saja untuk memuatkan dengan situasi dramatik. Ewah!
Dolly kedua, baby Dzakirah dalam sut romper. Untuk menghasilkan dolly Dzakirah aku kerjakan masa 2 jam tanpa henti. Seronok bermain dengan karektor baby ni sebab gaya baby yang super inesen tu memang best dilukis.
Dolly ketiga dan ialah Damia comey. Dolly Damia ada tiga. Ketiga-tiganya berlainan baju berlainan hiasan dan berlainan posisi. Akhirnya aku siapkan dolly ketiga sebab dolly yang ini nampak lebih gojes untuk situasi keluarga ni. Sekali pandang macam pengapit pengantin kan. Aku suka kenakan anakku headband. Jadi satu headband untuk si cantik Damia.
Dolly terakhir dan paling mencabar. Dolly hb Alin. Terus terang aku kurang minat melukis karektor lelaki. Kerana itu dolly lelakilah paling lambat aku siapkan hahaha... Dolly ini hampir menyerupai hb Alin dengan kelengkapan seperti janggut dan cermin mata serta kemasan rambut.
Harapan aku Momma Mia berpuas hati dengan hasil kerjaku. Alin jugak bermurah hati mempromosikan hasil kerjaku ini di dalam blog beliau. Kunjungi entry Blog - Badge and new Header.
Design Pertama
Design kedua
Design ketiga
Design keempat
Design kelima
Design yang lain-lain hampir sama? Yup! Kerana aku rekabentuk menyerupai warna blog Alin. Bagaimanapun Alin berminat dengan suasana outdoor. Maka dengan itu secara rasminya header Momma Mia sedia dipaparkan di dalam blog beliau. Dengan penuh sukacita, aku menjemput kalian singgah ke blog Momma Mia yang gojes.
Trimas Momma Mia.
Seronok bekerjasama dengan Alin.

Badge

Pelanggan yang masih panas dalam oven bak kata pepatah yang dialih bahasakan hahaha... Momma Mia aka Alin. Terharu sungguh apabila Alin berminat untuk mengambil tempahan rekabentuk dariku. Sebenarnya Badge ini adalah hadiah penghargaan kepada Momma Mia kerana menempah Header Dolly dariku.
Badge Pertama
Badge ini diterima sebagai badge rasmi Momma Mia Blog.
Badge Kedua
Aku sendiri berpuas hati dengan rekabentuk kali ini. Sebab hampir 85% rekabentuk dolly keluarga Momma Mia aku rekabentuk semula.

Friday, June 11, 2010

Badge Design ~ Hadani

Badge Design ini direka untuk melengkapi hiasan di blog Hadani aka Syahadah. Sila rujuk entry tentang Header Design ~ Hadani untuk maklumat lanjut.

Header Design ~ Hadani

Dah lama design header ni untuk Hadani aka Syahadah. Mem ni aku kenal melalui forum. Selepas tak aktif berforum lagi, masih berkontek sakan dengannya. Orangnya memang meriah. Kalau bercakap spesis tak boleh henti. Tah kenapa kitorang leh jadi ngam macam lama kenal pulak. Siap aku boleh beraku kau dengan dia walhal mem ni pangkat kakak tu dengan aku. Takpe la Dani kan. Bolehlah ko rasa diri muda ecey cey... Mem ni memang muda lagi pe. Dah anak dua maintain anggun gitu.
Eh, ini macam review blog pulak. Bukan nak tunjuk hasil kerja sendiri, hahaha... Sempat design 5 header untuk beliau. Tapi aku tunjuk 3 design je kat Hadani sebab aku tak berapa nak suka dua design lagi tu.
Design 1
Design ini yang dipilih Hadani Design 2
Design 3

Thursday, June 10, 2010

DOLLY


Bermula pada Januari 2011. Perubahan besar-besaran terhadap rekabentuk dolly Wan mula dihasilkan. Bagaimanapun, dari masa ke semasa, Wan akan lakukan penambahbaikan untuk entry ini. Jenis rekabentuk dolly yang baru. Buat sementara, hanya ini yang sempat Wan perkenalkan. Sebahagian dari vector lukisan Dolly milik Wan. Seandainya anda berminat. Bolehlah merujuk hasil karya Wan bermula 2011.

Anda boleh meminta bentuk muka yang dikehendaki. Selagi terdaya, Wan akan lukiskan dengan lukisan vector mengikut spek yang anda berikan. Misalnya, dolly bermata sepet, berbibir tebal atau beralis lebat. Bergantung pada kemampuan Wan. Soal pakaian dan fesyen 100% Wan cuba penuhi kehendak kalian. Anda boleh berikan sample gambar atau lakukan skecth (lukisan ringkas) untuk rujukan Wan bagi mempermudahkan urusan kerja rekabentuk.

Sebarang pertanyaan; jemputlah emailkan kepada Wan di sini: washifalo@yahoo.com

Sekian, terima kasih :D

Wednesday, June 9, 2010

Dolly Kak Liza

Baru-baru ini aku terima tempahan dolly dari Kak Liza. Sambil-sambil siapkan sebuah dolly khas untuk beliau, aku hadiahkan sebuah lukisan ringkas yang mempunyai ciri peribadi Kak Liza. Bolahlah digunakan untuk buat kad hiasan atau bookmark.
Kak Liza versi dolly ~ mini me
Kak Liza sengaja memilih bentuk chubby dolly. Sedangkan karektor sebenar beliau, kecik molek je orangnya, hehe... "Montok itu indah" katanya. Aku sediakan 2 jenis dolly untuk Kak Liza. Dolly chubby ini jugak Kak Liza suka. Harap-harap dolly ini menepati kehendak Kak Liza.
Lukisan tambahan. Sesuai dijadikan bahan grafik seperti pelbagai jenis kad ucapan atau penanda buku.
Close up dolly Kak Liza
Sebuah dolly berharga RM10

Tuesday, June 8, 2010

T shirt ~ AROMA

Macam pernah nampak model ni? Yup! Datuk Siti Nurhaliza divectorkan. Ketika ini beliau belum dikurniakan pangkat Datuk. Kelihatan inesen dengan imej tak bertudung. Tapi kalau imeh bertudung lebih ayu kan hehe...
Close up
Close up detail

paper bag

If you wish to design your own paper bag.

Wansteddy Studio