DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Saturday, April 24, 2010

flagliner

Saya telah merekabentuk beberapa rekaan flagliner untuk pertandingan mewarna. Bagi memberi impak yang lebih menarik, saya memasukkan ilustrasi kartun dan warna2 ceria bagi menarik minat kanak-kanak. Berikut merupakan contoh rekaan-rekaan yang sedia ada.

Thursday, April 15, 2010

Card II

Kad yang dipermudahkan. Elemen bunga mewarnai kandungan kad ini.
Close up
Full card

Card

Kegilaanku terhadap kad kraf makin membuak-buak. Bukan setakat rekabentuk kraftangan, aku sempat jugak hasilkan kad dalam rekabentuk grafik. Seronok tengok hasil tangan sendiri yang siap sedia. Sedang berura-ura gunakan kertas dan pencetak yang sesuai untuk hasilkan poskad atau kad berhias dengan kualiti yang lebih baik.
Close up Full view

Tempahan HEADER Mrs.K

Header ini telah ditempah oleh Mrs.K. Sebanyak lebih dari 8 rekabentuk telah aku gubah menjadi header lengkap untuk blog Mrs.K. Malangnya lebihan 2 rekabentuk lagi tidak dapat dipaparkan di sini dan tidak sempat ditunjukkan kepada Mrs.K gara-gara masalah dengan komputerku ketika urusan rekabentuk dijalankan. Header pertama yang dipaparkan dalam entry ini merupakan headerr pilihan Mrs.K. Jemput bertandang ke blog beliau untuk melihatkan hasilnya :)

Tempahan POSTER MINI mrs.K

Poster mini ini merupakan antara rekabentuk ayng disertakan sekali dengan koleksi badge disertakan dalam satu pakej belian header dari Mrs. K. Digubah dengan dua warna. Salah satunya dengan warna kegemaran Mrs.K, tentunya merah :)

Tempahan dari mrs. K ~ badge

Bagi yang menempah header denganku, sebuah badge dan mini poster diberikan secara percuma. Badge ini juga boleh dijadikan sebagaikan gambar di dalam profile blog dan sebarang kegunaan lain.
Badge digunakan untuk hiasan sisi blog. Selalunya dihiaskan dengan gerakan animasi mudah supaya badge nampak lebih berseri dan 3D. Tapi badge hasil rekaanku semuanya berbentuk 2D. Antara jenis badge yang telah aku sediakan untuk Mrs. K. berbentuk vector design serta pengubahsuaian dari gambar keluarga Mrs. K.
Jika ingin mengapungkan badge di bahagian kiri dan kanan blog. Sila rujuk tutorial dalam blog adiwidget untuk cara-cara memasukkan widget tersebut.

Tuesday, April 13, 2010

Wansteddy servis

Teringin nak gunakan design sendiri sebagai background blog. Design pun dah berlambak aku reka dan simpan. Masalahnya bila nak upload macam-macam terjadi. Saiz tak ngam la. Senget la. Sudahnya impian background design sendiri tinggal angan-angan je la.
Sekarang mungkin format blogspot lebih mudah dan banyak tutorial cara-cara nak upload design sendiri dalam blog. Tapi aku masih tak berkesempatan nak cari cara sesuai. Sedangkan mencari saiz header sorang member blog pun terkial-kial. Aku dah sampai tahap pasrah dah ni. Kesian Iem, dah lama tunggu design headernya siap. Bukan aku tak usaha cari saiz header yang padan dengan blognya. Tapi bila aku yakin betul saiznya dah sesuai tak ngam jugak, hai... Masih berusaha keras selesaikan masalah ni.
Harapan aku lepas ni aku akan lebih yakin nak design header. Tak seronok biarkan pelanggan tertunggu-tunggu hasil kerja kita.
Bagi yang masih belum tahu tentang kerja design header Wansteddy. Aku cas RM30.00 (tiga puluh ringgit Malaysia) untuk header + badge + poster mini.
Murah ke mahal? Member ofis kata tak berbaloi sebab aku perah otak jugak buat kerja ni. Walaupun aku ubahsuai template design aku yang sedia ada. Tapi tetap usaha tu. Masalahnya aku ni memang jenis tak reti nak letak harga. Sudahnya aku puas hati dah dengan harga RM30 tu heheh... Untung rugi tolak tepi. Yang penting pelanggan aka kawan suka, aku terlebih suka :)
Ada masa nanti aku upload semua hasil kerja header samada dari segala contest dan tempahan pelanggan.

Pengaruh Iklan III

Malas nak komen. Memang dah banyak berlaku pun dalam negara kita. Silap-silap dalam famili kita pun ada bersikap macam ni. heheh... Toksah kata budak-budak la... Orang tua pun jenis makan selambak depan mata pastu ngap ngap depan TV. Tau-tau stok makanan dah licin masuk perut. ngahahhaaa...

Pengaruh Iklan II

Kartun ni sesuai untuk kanak-kanak sekarang. Damia pun sekarang dah demand mintak jajan. Tak selera dah nak makan nasik tau huhu...

Pengaruh Iklan

Sebab tu selalu kita tengok kanak-kanak kat Malaysia ni ramai dah kena Diabetis. Kecik-kecik lagi dah suka melantak makanan segera.

berjimat amalan mulia

medium: ink dan adobe photoshop
Bagi kawan-kawan yang bekerja satu bahagian dengan aku mungkin masih ingat-ingat lupa dengan komik ini. Aku tak berapa ingat tujuan komik ini dihasilkan. Rasanya sekitar tahun 2004 aku lukis dan warnakan komik ini dengan menggunakan adobe photoshop.
Dah lama aku tak lukis komik dengan banyak kotak. Selalunya aku lukis satu frame kartun saja. Sengaja aku masukkan kartun ini di dalam blog. Mengimbas kenangan lalu yang rajin melukis kartun.

istilah MC

Sila klik gambar untuk paparan penuh
medium: ink dan adobe illustrator
Komik ni dihasilkan untuk Jabatan. Tapi tidak dimasukkan di dalam buku. Maka aku peram saja dalam folder komik bertahun lamanya. Kartun ini berkisarkan tentang kisah seorang pekerja. Dek kerana takut dengan tugasan yang diberikan oleh boznya, staf yang panjang akal ni memutarkan kata-kata boznya. Aku bagi penerangan sikit sebab mungkin bagi sesetangah individu tak faham maksud disebalik kartun ni :)

Wansteddy Studio