DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Friday, July 30, 2010

Wallpaper

Dolly ni dihasilkan sempena sertai contest. Simple je sebab nak cepat dan standart design wallpaper lebih kemas kurang hiasan.
Dalam perancangan nak bikin kad raya. Tapi belum design lagi. Tengah fikirkan konsepnya. Tak perlulah panjang lebar ceritakan di sini. Biarlah jadi seperti diam-diam ubi, berisi. hehe....

Thursday, July 22, 2010

Tarabas

Macam kenal tak nama tu? Kalau tengok dolly tanpa nama Tarabas ni tentu susah nak pikir siapalah jejaka dolly ni kan hehe... Kalau korang pernah tengok filem bersiri the cave of the golden rose tentu akan ingat watak jahat yang jadi baik dalam filem ni. Zaman 90-an TV2 rajin tayang. Bilalah nak tayang lagi. Best wo citer ni.
Pelakon berwatakkan Tarabas ni bernama Nicholas Rogers. Tapi penangan filem The Cave of the Golden Roses tu buatkan beliau lebih dikenali sebagai Tarabas. Dan nama hero kedua ni jadi fenomena lebih popular dari watak hero sebenar! Wohooo!
Sebenarnya aku create dolly lelaki untuk tujuan lain. Tapi dek kerana sibuk-sibuk bermain dengan rambut dolly ni teringat pulak nak jadikannya versi Tarabas. Miahahaa... Hansome meh... Tak serupa pun tapi... gasaklah. hehe

Wednesday, July 21, 2010

Header ~ Rahayu

Header ini dihasilkan untuk Ayu dari blogshoppe beliau PinkLolipops. Jika anda perasan, saya telah memuatnaik gambar kucing dan mesin jahit Ayu di dalam entry sebelum ini. Ketika tu masih di dalam proses-proses pengubahsuaian header.

Pertama kali melukis mata sepet dolly... Diharapkan Ayu berpuas hati dengan hasil rekabentuk header ini.

Tuesday, July 20, 2010

Dolly Baby

Baby ini milik seseorang. Aku pakaikan baby ni legging agar nampak girl2. Mula-mula nak letak headband tapi dolly kakak dalam template design ni dah sedia pakai cekak rambut. Buat pin sajalah. Ok jugakkan. Dah siap sepenuhnya dan diperakui oleh pelanggan baru aku tunjuk final design. Tunggu....

Monday, July 19, 2010

watermark Mrs.K

Design yang paling cepat dihasilkan untuk hari ini. Disebabkan template dolly Mrs.K merujuk pada design dolly header beliau yang lalu. Kerja-kerja nak siapkan watermark ni lebih lancar dan cepat. Dah tau pulak jenis font yang nak digunakan. Memang rasa tak susah pun nak siapkan segera.
Final Design watermark
Ubahsuai dari 1st design watermark

Design pertama

Design kedua

Friday, July 16, 2010

Header Mama Zharfan

Header ini dihasilkan untuk Suziey aka Mama Zharfan. Template design ini diambil pada rekabentuk header terdahulu. Bagaimanapun terdapat sedikit masalah untuk siapkan header ini. Mungkin kerana masalah teknikal masa save original artwork terdahulu. Header asalnya tak dapat dibuka. Disebabkan itu kalau anda perasan, hampir semua kerawang dalam header ini ditukarkan kepada kerawang baru.
Trimas Suziey!
Semoga Suziey gembira dengan hasil rekabentuk saya.

Dolly Baby

Dolly yang sedang diusahakan
Masih banyak nak diperbaiki pada dolly baby ni. Rasa macam kurang sesuatu. Tapi sebelum aku tunjukkan final design tengoklah dulu mana je yang ada. Dalam mood eksperimentasi berterusan.

Thursday, July 15, 2010

Sewing Machines

Selalunya aku design simple-simple je untuk kategori item rumah macam perabot dan alatan elektronik versi vector. Tapi dek kerana aku tertawan hati dengan mesin jahit milik Ayu yang comel dengan elemen kerawang, aku jadi teringin sekali abadikan mesin jahit Ayu sepenuhnya. Sayang sekali aku tak punya kerawang yang sama dengan mesin jahit asal. Ubahsuai sajalah dengan mana-mana saja kerawang yang aku ada. Hasilnya begini. Okeylah kan. Kalau aku nak beli mesin jahit mesti yang comel-comel begini bukan pentingkan fungsinya sangat! hahaha... Tapi confirm aku tak beli mesin jahit sepanjang hayat ini. Kerana rahsianya aku bertangan keras bab-bab menjahit, suam-menyulam, kait-mengait dan seangkatan dengannya... hehe... Pendek kata, tak berbakat bab-bab bidang jahitan ni.

Dolly kucing

Dolly Kucing ini milik pelangganku. Aku suka tengok aksinya di dalam gambar-gambar peribadi milik Ayu. Rasa macam nak ulit-ulit sebab gebu sekali bulunya!

Wednesday, July 14, 2010

i love u

Cover
Inner

Card ~ Gong Xi Fa Cai

Cover
Inner

Tuesday, July 13, 2010

Dolly ~ Mini Me Mai

Dolly ini bernama Mai.
Empunya diri bernama Maisara. Bertugas sebagai ahli farmasi. Tak pasti warna sebenar baju seorang ahli farmasi. Tapi inilah hasilnya untuk rekabentuk terakhir.

Monday, July 12, 2010

Badge ~ Tecik Craft

Badge ini dihasilkan untuk blogshoppe Tecik Craft. Badge ini dihasilkan dengan menggunakan perisian adobe Illustrator. Maka saiznya tidak berat andai dijadikan badge mengikut saiz sebenar. Untuk Tecik Craft aku hasilkan lebih 4 design. Jemput kalian melihat-lihat di dalam entry ini.
Rekaan yang terpilih
Paparan badge rekaanku yang terletak di blog Tecik Craft
Diharapkan Puan Wan berpuas hati dengan perkhidmatan rekabentuk dariku. Seronok bekerjasama dengan Wan.

Sunday, July 11, 2010

Wedding Card

Kad kahwin ini dihasilkan dari pandangan atas. Kalau perasan pasangan pengantin ini sedang mendongak dan sedang berdiri di atas karpet merah. Pakaian pengantin boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan.
Cover
Inner ~ Garisan di tengah paparan untuk ilustrasi lipatan semata2

Friday, July 9, 2010

Dolly ~ mini me Clay

Ini Dolly untuk Clay. Beliau merupakan pelajar praktikal yang bekerja sementara di pejabat tempatku bekerja. Walaupun jarang berborak dengan Clay, tapi Clay ni seorang yang sangat profesional apabila bekerja.
Terima kasih kepada Clay kerana turut membantu dalam kerja-kerja rekabentuk di pejabat. Semoga Clay akan menemui kerjaya dalam bidang yang beliau minati.

Card ~ new wed Shila & Ainul

Hari ini aku rekabentuk dua dolly. Pertama dolly shila dan pasangannya Ainul. Dolly ini aku cetak bersaiz A4 dan framekan. Frame IKEA yang digubah kraftangan. Tiada gambar hasil kraftanganku dapat dipaparkan disini disebabkan ketiadaan kamera.
Shila merupakan anak angkat mak. Sayangnya keluarga mak tak dapat bertandang ke kenduri sebelah pihak perempuan kerana terletak jauh nun di Johor Bharu. Bagaimanapun, wakil dari pihak mak, aku, akan bertandang ke rumah pengantin lelaki hari minggu ini.
Semoga pasangan suami isteri yang baru diijabkabul ini berkasih sayang hingga ke akhir hayat mereka, amin....

Wansteddy Studio