DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Wednesday, August 25, 2010

Sticker pakaging

Dah lama siap design ini tapi aku asyik lupa nak paparkan. Sticker ini dihasilkan untuk jualan kuih tradisional, putu Kak Mek. Putu dihasilkan dengan cara ekslusif. Tiada campuran tepung, tak menggunakan pembakaran oven. Dihasilkan secara semulajadi dengan pemanasan cahaya matahari. Kuih putu Kak Mek memang sedap dimakan. Bagi yang berminat boleh buat tempahan pada Kak Mek atau hubungi aku melalui email. Penghantaran sekitar Kuala Lumpur adalah percuma. Disebabkan bekas kuihnya berbentuk bulatan, maka sticker ini dihasilkan begini.
Rekabentuk 1
Rekabentuk 2 Rekabentuk 3

Monday, August 23, 2010

Template Logo

Design logo ini dihasilkan untuk kedai haiwan. Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu tempahan ini dibatalkan. Logo ini bukan hak milik sebarang individu atau kedai. Jika berminat dengan design yang dipaparkan, jemput hubungi saya melalui email seperti yang tertera di sidebar. Rekabentuk masih boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan.
Design pertama
Design Kedua
Design Ketiga
Design Keempat
Design Kelima

Friday, August 20, 2010

Iguana dolly

Projek ni dapat sekitar Julai lepas. Tapi makan masa panjang untuk disiapkan. Al maklum nak proses vector haiwan memang bukan kepakaran saya. Terpaksa google iguana hidup nak rujuk buat dolly. Harap-harap pelanggan saya ni tak marah-marah sebab proses kerja saya lambat. huhu... Selain dolly Iguana ni, saya turut design dolly anak anjing, hamster, arnab dan burung. Semuanya rekaan baru sebab belum pernah design vector haiwan lagi kecuali kucing.
Kalau pelanggan sudah bersetuju dengan final design ni barulah saya share design lengkap yep. Buat sementara enjoy dulu vector dolly ni.

Thursday, August 19, 2010

Senarai Tempahan

Bermula dari bulan Jun lalu, saya menerima banyak tempahan dari pelanggan seluruh Semenanjung. Susunan jadual tempahan agak berselerak sebab saya tak simpan dalam folder khas. Masalah mula timbul bila pelanggan mula menuntut hasil design untuk mereka. Dek kerana kealpaan ini, saya merancang untuk buat senarai pelanggan di sudut blog ini. Sila semak di bahagian kanan sidebar.
Pada mulanya saya agak keberatan nak kongsikan maklumat ini. Dikhuatiri atas sebab beberapa perkara. Bimbang masalah design dibatalkan. Bimbang pelanggan boring tunggu lama. Tapi kalau tak kongsikan maklumat ini, pelanggan tak kan tahu kedudukan nombor giliran mereka.
Kelebihan senarai tempahan ini: Satunya boleh dijadikan peringatan kepada saya tentang bilangan sebenar pelanggan saya. Keduanya untuk memudahkan pelanggan tahu mereka berada pada kedudukan yang ke berapa. Saya tak masukkan sekali pelanggan yang telah siap menerima tempahan. Kalau dimasukkan juga dalam senarai boleh timbulkan lebih banyak kekeliruan.
Diharapkan dengan wujudnya senarai tempahan ini, pelanggan kesayangan saya dapat memahami situasi saya, kenapa design tempahan mereka lambat disiapkan. Prinsip saya, rekebentuk dilakukan mengikut giliran masing-masing. Andaikata berlaku percanggahan mungkin kerana design masih dalam pembinaan atau pelanggan perlukan khidmat pengubahsuaian. Justeru design diletakkan dalam mode ongoing.

Wednesday, August 18, 2010

Tempahan dari Intan part II

Badge & watermark
Rekabentuk badge dan watermark ini ditempah oleh Intan dari blog Baby Intan. Jemputlah bertandang ke blog beliau. Seperkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah proses-proses awal merekabentuk badge dan watermark Intan ini. Konsep yang dipilih oleh Intan ialah wajah anakanda beliau yang comel lagi gebu Cik Arissa. Disebabkan gambar asal yag diberikan oelh Intan agak kabur, saya mengeledah majalan-majalah Pa & Ma tahun lalu. Untuk pengetahuan kalian Arissa pernah menjadi cover baby girl untuk majalah Pa & Ma keluarag Mei 2008 kalau tak silap. Betulkan saya kalau silap ye Intan.
Nak kongsi satu perkara: Proses nak bina badge dan watermark ni ambil masa lama sebab setiap kali saya buka file gambar Arissa ni mesti saya tatap lama-lama wajah Arissa. Memang tak puas tengok wajah si comel ni.

Dolly Arissa

Seterusnya design dolly Arissa ini dihasilkan sebagai hiasan blog. Intan boleh meletakkannya di bahagian sidebar atau dijadikan model stickey mode dibahagian kiri blog. Saya pilih bahagian kiri sebab kalau letak bahagian kanan, kadang-kadang pembaca boleh terklik dolly ini. Mungkin mengganggu tumpuan pembaca blog Intan nanti. Sebaiknya hiasan berbentuk stickey mode begini diletakkan di bahagian sudut kiri. Seandainya pelanggan inginkan dolly berada di sudut kanan boleh juga diubahsuaikan mengikut kehendak pelanggan. Kedudukan dolly lazimnya di bahagian atas, bawah, kiri dan kanan.

Tempahan dari Intan part I

Final Design ~ Intan memilih design ini.
Rekabentuk 1
Rekabentuk 2
Dah lama sebenarnya aku menerima tempahan design hiasan blog untuk Intan. Tapi disebabkan masa aku terikat dengan kerja-kerja di pejabat, rekabentuk header Intan asyik bertangguh saja. Mujurlah dapat pelanggan yang betul-betul bersabar macam Intan. Langsung tak merungut proses persiapannya agak memakan masa.
Inilah pertama kali hias header dengan hiasan dalaman. Lebih menarik deco english style. Sebabnya pemilik blog Baby Intan ni memang meminati deco english. Dan aku pulak memang suka hiasan vintage begini. Kebanyakkan hasil rekabentuk di dalam hiasan header ini diilhamkan juga oleh Intan. Seronok dapat bereksperimentasi dengan rekaan-rekaan baru.
Diharapkan Intan menyukai hasilnya.

Thursday, August 12, 2010

Tempahan dari Ezna part II

Rekabentuk header ini ditempah oleh Ezna. Saya sempat merekabentuk dua jenis header. Latar belakangnya berubah sedikit sahaja.
Rekabentuk yang dipilih
Rekabentuk kedua

Tempahan dari Ezna part I

Rekabentuk dolly, badge dan header ini ditempah oleh Ezna dari blog super sweetnya My Small World. Jemputlah bertandang ke blog yang menghimpunkan pelbagai kisah menarik tentang kehidupan beliau.

Badge design

Dolly design 1 ~ Lazimnya saya merekabentuk single dolly sebegini kerana dolly yang terlalu besar atau panjang boleh menganggu pemandangan mata. Bagaimanapun, terlanjur sudah merekabentuk frame dolly saya terfikir untuk menjadikannya dalam bentuk rangkaian frame seperti contoh di bawah.

Dolly design 2 ~ Ezna memilih rekabentuk ini sebagai hiasan blog. Juraian antara frame dihiasi rantai agar kelihatan seperti ikatan antara frame.

Monday, August 9, 2010

Hawaii Dolly

Ingat tak dulu aku ada buat review pasal dolly Hawaii girl? Inilah hasilnya. Design ini untuk kegunaan party bertemakan Hawaii. Bagaimanapun akhirnya design ni tak jadi digunakan atas sebab-sebab tertentu. Jadinya design ni masih belum digunakan bagi mana-mana pihak. Andai ada yang berminat untuk tujuan publisiti jemputlah hubungi aku melalui email.

Rekabentuk asal dolly ini untuk tujuan pop up. Bahagian muka dolly akan ditebuk (lubang). Pengunjung party boleh la suakan muka pada pop up ni dan wajah mereka akan terpapar seolah-olah sedang memperagakan pakaian Hawaii. Sengaja aku design jugak wajah dolly ni, sebab rancangnya kalau design ni jadi digunakan bolehlah penganjur party jadikan dolly ni sebagai produk publisiti dan stationary lain jugak macam letterhead, pennant, flyers, pamplet dan lain-lain lagi.

Rumit sekali nak design dolly perempuan ni. Aku ambil masa lama bereksperimen dengan pakaian dolly Hawaii. Tapi bila dah siap sepenuhnya, memang rasa seronok tengok hasilnya.

Paling lama masa nak design ialah dolly lelaki. Aku tak suka lukis figure lelaki. Nak-nak tak berbaju macam ni. Tapi demi nak siapkan design ni aku teruskan jugak. Aku banyak rujuk gambar-gambar lelaki Hawaii dari google. Memang menjerihkan nak design figure lelaki ni hehe...

Thursday, August 5, 2010

Tempahan dari Kak Nabieha

Kesemua rekabentuk ini ditempah oleh Kak Nabieha dari blog http://clickforkidsstuff.blogspot.com/. Jemput singgah ke blog jualan produk kanak-kanak yang pelbagai dan menarik ini. Antra item yang ditempah seperti badge untuk widget di dalam blog serta dijadikan sticker design produk beliau. Selain itu Kak Bieha juga menempah layout header untuk tujuan pembungkusan produk dan pennant promosi produk.
Header untuk pakaging produk
Pennant
bersaiz 2'x7' (kaki)
Terima kasih pada kesudian Kak Bieha menempah rekabentuk dari saya. Semoga Kak Bieha menyukai semua hasil rekabentuk yang dipersembahkan.

Wednesday, August 4, 2010

Dolly & Badge Linas

Badge ini untuk Lina.
Terdapat pindaan sikit pada nama dolly dan badge final.
Dolly ~ sebagai perhiasan blog. Sama ada sisipan kekal di sudut-sudut blog atau sisipan di bahagian sidebar.

Dolly & Badge Aini

Dolly ~ sebagai perhiasan blog.
Sama ada sisipan kekal di sudut-sudut blog
atau sisipan di bahagian sidebar.
Badge ini untuk Rohaini

Dolly & Badge Hanis Anati

Dolly ~ sebagai perhiasan blog.
Sama ada sisipan kekal di sudut-sudut blog
atau sisipan di bahagian sidebar.
Badge ini untuk Hanis Anati

Dolly & Badge Faris

Dolly ~ sebagai perhiasan blog. Sama ada sisipan kekal di sudut-sudut blog atau sisipan di bahagian sidebar.
Badge ini untuk Faris

Dolly & Badge Fiza

Badge ini untuk Fiza
Dolly ~ sebagai perhiasan blog. Sama ada sisipan kekal di sudut-sudut blog atau sisipan di bahagian sidebar.

Dolly & Badge Dewi Izzlin

Dolly ~ sebagai perhiasan blog. Sama ada sisipan kekal di sudut-sudut blog atau sisipan di bahagian sidebar.
Badge ini untuk Dewi Izzlin. Untuk final design nama-nama badge dan dolly design diubah kepada nama penuh pemilik blog ini.

Dolly & Badge Ayu Arjuna

Badge ini untuk Ayu Arjuna
Dolly ~ sebagai perhiasan blog.
Sama ada sisipan kekal di sudut-sudut blog
atau sisipan di bahagian sidebar.

Tuesday, August 3, 2010

Header Faizah

Header ini ditempah oleh Faizah. Jemput singgah dan berkenalan dengan empunya blog bertemakan warna mewah merah jambu!
Faizah memilih header ini.
Ini rekabentuk kedua.
Terima kasih kerana sudi mengambil tempahan dari saya. Diharapkan Faizah berpuas hati dengan persembahan rekabentuk untuk beliau.

Badge ~ Faizah's

Badge ini dihasilkan untuk Faizah dari blog super gorjes pink: Faizah's. Jemputlah bertandang ke blog Faizah. Orangnya ramah dan mudah mesra. Menariknya Faizah seorang ibu yang mengamalkan susu ibu penuh masa. Sudi-sudikanlah mendapatkan tips menarik tentang susu ibu dengan beliau.

Monday, August 2, 2010

Dolly Kak Leha

Banyak dolly nak update tapi pelan-pelanlah. Tapi dolly yang ini agak istimewa. Dolly ini khas untuk Kak Leha. Aku hasilkan sebagai hadiah sempena persaraan beliau. Mula-mula nak buat dolly ni pakai baju kelwar. Style mak-mak kita kat kampung di rumah. Sempoi je. Tapi macam tak best pulak kan. Akhirnya aku bikin baju kelawar moden. Berlengan panjang. Ada la sikit-sikit tema baju kelawar tu hehe... Satu yang aku suka pada kak Leha. Dalam ramai-ramai kalangan rakan senior pejabat, beliaulah yang nampak ambil berat pada tahap kesihatan Damia dulu. Rajin bertanya pasal Damia. Itu yang buat aku terharu dan rasa hormat pada beliau. Selamat menjalani musim persaraan Kak Leha. "Lepas ni bolehlah bikin bisnes menjahit. Lepas tu bukak blog dan facebook pasarkan besar-besaran pulak! hehe..." Perkara lazim yang aku selalu sebut pada beliau.

Wansteddy Studio