DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Thursday, September 30, 2010

Dolly

Proses kerja tempahan asyik bertangguh. Kerana belum dapat putuskan final design untuk ongoing design. Kadang-kadang rasa tak senang hati juga sebab pasti buatkan pelanggan lain resah menunggu giliran untuk dorang pulak. Bagaimanapun dah ada design tambahan aku buat tapi belum publish sebab perlu dapatkan persetujuan dari pihak pelanggan dulu.
Antara design yang aku buat senyap-senyap tapi belum publish ialah dolly ini. Pemiliknya pelanggan Whitey Mommy. Belum pun berkesempatan singgah ke blog pemilik dolly ini. Cuma tengok hasil kerja Whitey Mommy yang memang kemas dan cantik tu. Bagi yang berminat mengambil tempahan ubahsuai layout blog, jemputlah bertandang ke blog Whitey Mommy. Beliau memang designer yang berbakat. Dolly ini dihasilkan berdasarkan gambar pemilik blog. Tidaklah 100% tepat. Namun tema warnanya mengikut warna pakaian pelanggan ini. Diharapkan Sya dan pemilik dolly ini gembira dengan hasilnya.

Tuesday, September 28, 2010

Teaser ~ Dolly & Logotype

Lanjutan dari teaser sebelum ini. Dolly yang direkabentuk. Bagaimanapun hasil kerja terakhir terserah kepada pelanggan tersebut kerana beliau yang bakal mengubahsuai semula susunan penuh design nanti.

Teaser imej sang rama-rama & logotype

Rekabentuk ini dihasilkan atas permintaan rakan. Kalau berkesempatan aku akan update dollynya pulak. Tunjukkan hasil kerja rekabentuk vector rama-rama dan logotype dulu.
Latar utama kerengka rama-rama ini diambil menggunakan gambar rama-rama sebenar. Hanya menggunakan tracing options untuk mendapatkan vector rama-rama ini. Kerja lebih mudah menggunakan live trace.
Seterusnya rekabentuk caption blog. Menggunakan dua rekabentuk asas. Andai pelanggan nak ubahsuai logotype cuma ubah jenis font sahaja.

Thursday, September 23, 2010

Dolly

Lama sungguh aku tak update design di sini. Memang tiada perkembangan terkini. Yang pending pun belum siap rangka penuh lagi. Baru rekacipta rangka asas. Buat sementara waktu aku kongsikan design dolly ini. Belum final lagi sebab nak tunggu keputusan pemiliknya sama ada setuju atau tidak dengan design ni. Untuk cuci-cuci mata, silalah jenguk dolly ini.

Friday, September 3, 2010

Badge & Poster Breastfeeding Baby

Rekabentuk badge ini ditempah oleh MommaMia aka Alin. Beliau inginkan badge dan poster design sempena kempen penyusuan bayi. Semangat Momma Mia memberi susu badan kepada anak-anaknya turut menjadi sumber inspirasi kepada ibu-ibu menyusu yang lain. Justeru mengenali Momma Mia kita beroleh dua kelebihan. Kelebihan berkongsi tips penyusuan bayi dan kelebihan mendapat teman yang setiakawan. Jemput kenali MommaMia melalui blog peribadi beliau: Miakididdles

Poster design

Wednesday, September 1, 2010

Dolly

Ini kerja aku cuba siapkan pagi tadi. Nampaknya dah berikan hasil. Cumanya nak kena tunggu kata putus pelanggan. Kalau artwork okey, terus leh tempek sebagai header. Siapa punya? Tunggu pelanggan buat keputusan dululah, baru boleh laporkan di sini. Buat sementara enjoy dolly ni. Seorang usahawan yang sedang meningkat naik :)

Wansteddy Studio