DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Wednesday, October 20, 2010

Dolly Memo

Sesuatu yang berbeza untuk dolly Memo ini. Buat pertama kali aku rekacipta bentuk bibir baru untuk dolly aku. Kali ini dihiaskan dengan warna bibir merah jambu notty untuk disesuaikan dengan dolly remaja. Diharapkan dik Memo menyukai dollynya ini :)

Monday, October 18, 2010

kenit.com

Rekabentuk header, badge dan poster berikut dihasilkan untuk blog shoppe Kenitku.com. Jemput bertandang ke blog ini yang dikendalikan oleh Cik Wardah. Dek kerana Cik Wardah memilih template design yang sedia ada, kerja membina keseluruhan rekabentuk menjadi mudah dan lancar. Hanya mengubahsuai sedikit sebanyak informasi bertepatan dengan tema blog. Terima kasih pada Cik Wardah kerana memberi kepercayaan kepada saya merekabentuk item-item yang berkenaan. Diharapkan Cik Wardah berpuas hati dengan hasilnya.
Badge design
Header design
Poster design

Wednesday, October 13, 2010

Dolly Nerd

Harini banyak template dolly baru aku sediakan. Paling pening nak sediakan set latar belakang ruang pejabat. Sudahnya aku ambil insiatif latar belakang cermin besar dengan bangunan besar di belakangnya. Adalah sikit-sikit gambaran luar tingkap pejabat tempat bekerja ni.
Dolly terkini bukan untuk kerja tempahan luar. Sebaliknya tugasan untuk siapkan kerja di pejabat ni. Disebabkan terbahagi kepada tiga bahagian dengan kolum-kolum tertentu projek ni memang makan masa nak disiapkan. Namun bila hasilnya diperolehi, memang rasa puas hati. Sebab aku suka hasilkan semua vector sendiri dari copy paste vector-vector lama yang sedia ada.
Malangnya projek ni tak boleh dipaparkan sepenuhnya dalam blog sebab masih dalam proses pembikinan. Jemput tengok sikit hasil buah tangan hari ini.

Tuesday, October 12, 2010

Maaf picca dolly dan header milik Kak Zana dibekukan sementara bagi memberi peluang Kak Zana persiapkan hiasan blog deco beliau secara menyeluruh. Nantikan kemunculan makeover blog beliau. Saya pun tak sabar nak tengok hasil penuhnya :)

Wansteddy Studio