DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Friday, November 26, 2010

Dolly Mama Lyna

Design apron tersebut milik MamaLyna :) Boleh singgah tengok entry berkenaan dolly MamaLyna di sini. Terima kasih pada MamaLyna sebab sudi tempah design dari saya. Sekali design je terus terima. Mudah sangat bekerjasama dengan MamaLyna. Diharapkan MamaLyna berpuas hati dengan design dolly tersebut...

Penerangan dolly: karektor seorang chef. Sedang memegang sedulang kecil popia goreng berkuahkan sambal. Apron diserikan dengan hiasan pinky floral agar nampak lebih feminin.

Apron

Projek yang belum diluluskan. Design dolly dengan apron ni dah siap ada. Tunggu confirmation dari pemiliknya. Siapa? Tungguuuu.... :)

Friday, November 12, 2010

Hadif Invitation Card Birthday

Design ini ditempah oleh Mrs.K sempena ulang tahun kedua anakanda beliau, Hadif. Permintaan Mrs.K mudah je cuma follow nota caption dan letakkan gambar Hadif sebagai hiasan. Dan aku tahu Mrs.K menggemari warna merah. Jadi kombinasi untuk ibu dan anak. Simple je untuk anak lelaki yang encem dan macho macam Hadif! Selamat Hari Jadi Hadif... Moga membesar sihat, ceria, bijak dan soleh...

Monday, November 8, 2010

Header Kedai 3 Posen

Nama kedai yang superb kan! Pertama kali baca nama kedai ini, saya pun jadi tertarik. Memang kreatif! Header ini ditempah khas oleh Vagg pemilik online shoppe: Kedai 3 Posen. Jemputlah bertandang ke blog tersebut. Menjual pakaian kanak-kanak dan pelbagai rekabentuk corak tudung wanita dengan harga berpatutan. Diharapkan Vagg menyukai hasil kerja yang dipaparkan :)
Paparan penuh header

Friday, November 5, 2010

Whitey Mommy header ~ romantic theme

Dah lama nak upload design header baru tapi asyik bertangguh. Hari ini saya nak share hasil design header milik Whitey Mommy. Ia merupakan design kedua untuk blog beliau. Dan nantikan design ketiga header Whitey Mommy dengan konsep yang berbeza.
full design

Wednesday, November 3, 2010

header GENG MAMA

Design header ini milik K.Yantz untuk blog shoppe beliau Geng Mama. Admin Geng Mama siap sediakan entry khas berkenaan header mereka ini. Boleh rujuk disini. Jemputlah bertandang ke blog Geng Mama. Pelbagai barangan dijual dengan harga berpatutan. Produknya juga bermutu dan cantik-cantik belaka. Semoga admin Geng Mama berkenan dengan hasil design header mereka.

Petikan blog Geng Mama

Monday, November 1, 2010

Whitey Mommy header ~ in the garden

Design header ini milik Whitey Mommy. Dolly baby Khalis dan hubby Sya diilhamkan sendiri oleh beliau. Aku cuma buat sedikit penambahbaikan untuk disuaikan dengan kehendak Sya. Kredit juga pada bantuan hasil skecth Sya kerana mempercepatkan proses design. Diharapkan Whitey Mommy menyukai hasil akhirnya :)

Full design

Wansteddy Studio