DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Wednesday, December 29, 2010

Header Dolly Ila

Header ini milik Ila dari blog Siapa Saya? Sayalah... Ila menyerahkan sepenuhnya idea dan konsep untuk difikirkan beserta bekalan 3 gambar keluarga. Dengan tajuk dan jenis gambar diberi, saya dapat idea rekabentuk header sebegini.
Tema yang mudah. Berposing di dalam rumah dengan rekabentuk gabungan english dan sedikit tema moden. Diharapkan Ila menyukai hasil yang diberikan :D

Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Saturday, December 25, 2010

Tempahan ditutup buat sementara

Buat sementara waktu saya terpaksa menutup tempahan dari pelanggan baru. Tempahan para pelanggan di dalam senarai menunggu masih dalam proses pembinaan. Ada di kalangan pelanggan yang belum dapat dihubungi semula, mungkin kerana sudah tak menggunakan alamat email yang sama.
Untuk pengetahuan para pelanggan. Dalam sebulan kadang kala saya menerima sebanyak 6 atau 7 tempahan sekaligus. Justeru apabila jumlah pelanggan terlalu ramai, maka kerja-kerja pembinaan rekabentuk terpaksa diperlahankan dengan memberi keutamaan kepada pelanggan terdahulu. Tempahan berikutnya akan dibuka semula pada masa akan datang selepas saya bersedia menerima tempahan baru. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog Wansteddy Studio. Teruskan sokongan anda terhadap industri kreatif negara. Dan bersamalah kita membanteras aktiviti copycat!

Friday, December 24, 2010

Header EmIenAqil Dunia Contest Ibu

Selesai tugasan rekabentuk header milik Salina. Jemputlah mengunjungi blog Salina untuk paparan lebih jelas. Tema header ini romantic garden. Dengan gabungan gaya english dan permandangan taman. Kerja rekabentuk header ini mengambil masa sehari untuk disiapkan sepenuhnya. Proses kerja jadi mudah apabila Salina membantu sediakan skecth dan perincian design. Diharapkan rekabentuk header ini menepati kehendak Salina sepenuhnya :D

Sila klik header untuk paparan penuh

Thursday, December 23, 2010

Cik Panda

Termasuk dalam Geng 1Klik. Perkenalkan Cik Panda. Mencipta Cik Panda pada mulanya adalah kerja yang agak rumit. Kerana saya belum pernah merekabentuk vector panda bear. Selain teddy bear. Idea membentuk panda adalah pelbagai. Setelah bermain dengan vector pertama yang telah dipaparkan dalam entry sebelum ini. Hasil yang dipilih sebagai badge tetap adalah seperti yang dibawah.
Final Badge untuk Cik Panda
Rekaan kedua Cik Panda.

Wednesday, December 22, 2010

Dolly Cik Rama-Rama

Dolly Cik Rama-rama. Tema dolly ala pari-pari. Kerana gelarannya untuk orang muda. Warnanya harus ceria. Dan kerana ia pari-pari temanya perlu lembut. Sebuah lagi dari koleksi 40badge dolly!

Tuesday, December 21, 2010

Dolly Gegirl

Gegirl untuk Liana. Ia bukan untuk dibeli apa lagi dijadikan sebarang koleksi. Gegirl gadis yang penuh dengan misteri. Dibalik kelembutannya ia sukar didekati. Adakah anda juga berjiwa seperti Gegirl? Nilaikan diri sendiri :D

Tok G dolly

Ingat saya cakap pasal 40 badge untuk Jabatan? Sampai masanya saya akan kongsikan sedikit demi sedikit koleksi yang dihasilkan mengikut peringkat. Ada yang dah siap. Dan ada yang masih didalam pembikinan. Diharapkan pegawai-pegawai yang berkenaan gembira dengan hasil yang dipersembahkan. Setakat ini 8 hasil lukisan dolly ini dipersetujui dan disukai pemilik masing-masing. Cuma hanya 2 dolly yang siap design diminta lakukan sedikit pindaan bagi memenuhi karektor nama samaran masing-masing.
Garapan pertama yang dihasilkan adalah rekaan dolly untuk Tok G. Saya ambil masa agak lama bereksplorasi dengan dolly ini. Untuk menggambarkan ia dolly berpengetahuan dan ekslusif, permainan warna harus diberi keutamaan. Bonusnya, empunya Dolly sangat berkenan dengan hasil yang ditunjukkan. Gembira hati designer ini :D

Tuesday, December 14, 2010

Panda

Kerna aku sedang buat profile badge yang banyak. Ada juga yang sukakan konsep fancy dan dollies haiwan cute, aku cuba terbitkan idea ini. Semulajadi dari kepala aku tanpa terganggu mana2 rujukan gambar. Simple.

Friday, December 10, 2010

HanieLoveCraft design

Design Header dan Logo ini ditempah oleh Hanie dari blog Hanie Love Craft. Jemput lawati blog Hanie yang menawarkan jualan produk kraf denga harga berpatutan! Trimas pada Hanie kerana beri banyak ruang dan masa untuk saya siapkan design untuk beliau, semoga Hanie suka dengan hasil yang dipersembahkan :)
Full Header Logo Design

Friday, December 3, 2010

Baby Dolly

Harini proses memake up kan dolly. Projek pertama dolly kanak-kanak, orang dewasa, dan akhir sekali baby ni. Sebenarnya baby ni ada kembar. Tapi sebabkan design baby ni pun masih di tahap raw (belum siap sepenuhnya) saya tak dapatlah nak kongsikan design kembar kedua. Nantikan kemunculan dolly baby kembar ni yep!
Ada sebarang idea nak upgrade design baby ni? Sumbangkanlah idea kalian, boleh juga saya dapatkan hasil idea yang lebih segar :)

Children Dolly

Harini nak share dolly kanak-kanak. Belum disahkan sebagai final. Tapi sebabkan mengodeknya makan masa jugak. Saya rasa lebih bagus publish dulu raw design. Mana tahu nanti ada perubahan drastik maka hasil awalnya dah dipaparkan dulu. Design ni belum siap. Tengah fikirkan item yang bakal dipegang si gadis cilik. Mode berfikir. Ada idea? Jemputlah titipkan buah fikiran anda dalam ruang komen :)

Thursday, December 2, 2010

Banner Cik Dya

Design banner ini untuk Cik Dya. Design segera sebab waktu ditempah tu aku pun tengah sibuk dengan kerja kat pejabat. Kendian Cik Dya pun nak guna cepat. Hasilnya... Sesimple beginilah. Yep, dollynya aku ubahsuai dari dolly karektor blog aku. Asalkan aku yang design, kes segera pulak tu... apa salahnya kan ;)
BLUE
PINK

Wansteddy Studio