DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Monday, January 31, 2011

Nurul & Wira dolly

Rekaan dolly ini dihasilkan untuk Nurul dan  Wira krew MasPuteh Fotovideo. Berpadanan dengan profesion fotografer, dolly ini dicipta khas dengan kelengkapan kamera.  Pelbagai gambar menarik beserta video montaj disajikan untuk tatapan pembaca. Hasil kerja  krew MasPuteh sangat teliti lagi kreatif!  Harga pakej foto dan video yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Kebanyakan hasil fotografi melibatkan majlis perkahwinan dan lain-lain lagi. Jemputlah layari laman blog dan facebook krew Masputeh.
 Combine dolly

Diharapkan rekaan dolly ini menepati kehendak Nurul dan Wira :D

Monday, January 24, 2011

Dolly Huda

Dolly ini milik Huda, salah seorang pemenang Top Referrer Blog Nia. Pada mulanya Huda memilih design dolly babe, tapi memandangkan tahun ini, Wan dah mulakan perkenalkan design dolly baru. Semua dolly pemenang Wan seragamkan dengan design baru. Harapan Wan, Huda suka dengan hasilnya :D

Friday, January 21, 2011

Dania Dolly

Dolly ini diciptakan untuk Cute Mum sempena memenangi contest anjuran Nia. Jenis dolly baby pertama yang Wan ciptakan khas untuk rebranding dolly Wansteddy. Suka bermain dengan warna dan hiasan pakaian baby Dania ni. Harap-harp Cute Mum suka dengan hasilnya :D
Masih berhutang code badge khas untuk Cute Mum XD

Monday, January 17, 2011

Elissmie ~ Nuha Dolly

Dolly ini diciptakan untuk Elissmie untuk anak kesayangan beliau, Cik comel Nuha. Jemputlah berkenalan dengan Elis dan anak dara beliau yang comel serta kaletah. Dolly Nuha ni yang ketiga dihasilkan sebab dolly pertama dan kedua Nuha hilang ditelan PC lama. Tak boleh nak korek ambil semula, Wan design baru khas untuk Elis. Diharapkan Elis suka dengan hasil dolly Cik Nuha :D
Dolly ini ditempah oleh Nia untuk pemenang contest beliau. Ada dua pemenang lagi yang belum dimasukkan dalam blog ini. Salah satunya telah selamat diterima oleh pemiliknya. Seorang lagi pemenang terpaksa menunggu giliran gara-gara design dollynya masih terperangkap dalam PC lama. Maka dengan gigihnya Wan kena lukiskan semula. Nantikan dolly pemenang berikutnya ya!

Thursday, January 6, 2011

Dolly Aidiena Family

Dolly keluarga ini milik Aidiena dari blog Diari Bonda. Beliau juga salah seorang pemenang contest Capture total 20'000 Contest anjuran Wan. Jemputlah singgah blog Aidiena dan berkenalan dengan beliau :D
Best bereksplorasi dengan dolly anak-anak Aidiena. Semuanya perempuan berambut ikal dan kerinting. Lengguk rambut yang comel dan seksi! Untuk design ini, Wan dapat maklum balas yang positif dari Aidiena. Trimas sudi join contest Wan. Dan tahniah buat Aidiena kerana bertuah mencabut angka 20'000! Diharapkan Aidiena suka dengan hasilnya :D

Dolly Cadlynn

Berikutnya design dolly milik Cadlynn. Lynn juga salah seorang pemenang contest Capture 20'000 Total anjuran blog Wansteddy. Jemputlah bertandang dan berkenalan dengan Lynn :D

Cadlynn ada sediakan gambar menarik pada Wan sebagai rujukan. Kalau anda tak perasan, Dolly Lynn ni memakai veil. Kalau Lynn tak bagi rujukan gambarnya memang Wan tak tahu apa itu veil. Al maklum buta fesyen! haha... Trimas pada Lynn. Satu lagi idea baru rekaan baru tercipta. Dolly ala-ala miss Arab. Tapi veil ini transparen. Masih boleh nampak riak wajah dolly dengan jelas. Wan harap Lynn suka dolly ini. Tahniah dan trimas sebab sudi sertai contest anjuran Wan :D

Tuesday, January 4, 2011

Dolly My Senerity

Dolly ini milik Aja dari blog My World My Serenity. Masuk saja anda akan dijamu dengan header animated design Acurose. Woa... sungguh meriah tau... Jemputlah singgah blog Aja yang ceria. Dolly request ni lupa pulak Wan nak tanya kat Aja nak buat watermark ke badge. Tapi sebabkan Aja terus setuju ambil design ni, Wan serahkan pada pemiliknyalah nak buat apa.

Aja antara pemenang contest 20'000 total Capture! Tahniah sekali lagi. Harap-harap Aja suka dengan rekabentuk yang dihasilkan :D

Dolly Mama Balqis

Design berikutnya watermark untuk Mama Balqis. Mama Balqis antara Pemenang saguhati Capture 20'000. Pemenang boleh memilih sama ada nak design badge atau watermark. Saya bagi dalam dua format. Satu untuk paparan blog dan satu lagi untuk cetakan.

Sepatutnya couple hubby & wife tu berpegangan tangan, tapi terlindung dek si cilik dolly Balqis pula. Tahniah Mama Balqis kerana memenangi contest 20'000 capture! Harap-harap Mama Balqis suka dengan hasil yang diberikan :D

Hui-Wearn Design

Ingat tak contest Capture 20'000 total dalam blog Wansteddy Tales dulu? Contest dah berakhir Disember lalu. Kejutan buat Wan kerana pemenangnya seramai 9 blogger! Wan sangkakan seorang je pemenangnya okey... Jadi terpaksalah hadiahnya dibahagikan lebih ringkas agar Wan dapat design ikut kemampuan. Masa, bilangan dan kualiti kerja yang harus diberi tumpuan. Pemenang pertama yang berjaya capture 20'000 ialah Hui-Wearn! Maka Hui Wearn dapat hadiah 3 pilihan design ikut kehendak beliau. Jom tengok jenis design pilihan Hui-Wearn!
Logo Blessed Kids. Boleh jengah online shoppe Hui Wearn di Facebook. Produk jualannya bermutu dan sangatlah comel-comel! Teruja Wan jengah tau.
Header Blessed Kids. Hui Wearn perlukan dua design header. Satu dengan caption Blog dan satu lagi tanpa caption. Wan sendiri teruja design header ni sebab seronok bermain dengan vector permainan kanak-kanak yang ceria dan berwarna-warni.

Ini antara contoh design terawal yang dihasilkan mengikut spek design kehendak Hui Wearn. Namun selepas beberapa pindaan. Logo final yang dipilih adalah seperti yang di atas. Sila skroll ke atas semula yek.

Ini logo pertama yang Wan design. Memang salah faham jugak sebab Wan tak baca spek Hui Wearn bagi betul-betul. Tapi best jugak kalau paparkan idea awal design dolly ni. Simpan buat kenangan hehe...

Dah lama tak deco design guna dolly gini. Hui Wearn pemilik pertama dolly gini. Diharapkan Hui Wearn berpuas hati dengan hasil yang diberikan. Tahniah juga pada Hui Wearn kerana memenangi tempat pertama contest ni!

Wansteddy Studio