Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Tuesday, September 4, 2012

Header baru tema Kemerdekaan untuk Blog Rakan 1Klik.

Sebelum raya haritu ada plan nak design header bertemakan raya untuk blog Rakan 1Klik. Tapi banyak pula benda nak diuruskan. Sudahnya kerja tertangguh. Sebagai menggantikan rasa kesal tu, Wan design header baru bertemakan bulan Kemerdekaan ke 55 untuk blog Rakan 1Klik. Simple je. Recycle projek sampul duit raya punya projek. Besh pula tengok kartun sendiri dijadikan hiasan sampul duit raya ^^

Jemput singgah blog Rakan 1 Klik. 
Pelbagai ilmu menarik tersedia di blog ni :)

Monday, September 3, 2012

Arabic Dolly

Rindu pula nak menulis di sini. Design dolly terbaru Wan buat untuk POP UP pameran. Saiznya berukuran 6 kaki. Rasa besh lak nak kongsikan kat sini. Maaf ya ada pula tu watermark yang mencacatkan gambar. Rentetan hasil karya Wan telah diciplak oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Memualkan! Macam dah takde idea nak buat design sendiri. Harapan Wan dengan adanya watermark ini sikit sebanyak dapat terhindar dari masalah copycat ni.

Dolly ni dressing ala-ala arab sebab tema Arabic untuk pameran tu. Menu hidangannya ialah Nasi Arab, tak sesuai pula nak sarungkan baju kurung dengan banner menu nasi arab tu kan. Elemen warna tanah untuk warna pakaian dolly ni. Sementelah lazimnya gadis arab ni suka berpakaian warna lembut atau gelap. Lagipun nak sesuaikan pula dengan warna tema pameran tu :)


Friday, February 17, 2012

My Simple Sketch

Dah lama tak menulis kat sinikan... Maaf sangat-sangat kat kawan-kawan yang buat tempahan. Memang belum terbuka hati lagi nak buat kerja design blog. Sibuk dengan kerja hakiki sekarang ni. Bimbang kalau ambil juga tempahan, kelam kabut tak dapat siapkan dalam tempoh segera. Jom layan sketch baru dari Wan. Saja-saja je lukis. Bukan nak buat apa pun. Tangan rasa gatal nak asah minat lama. Skecthing. Rasanya banyak skill yang dah lari terutamanya bab ton warna tu. Kena asah selalu bagi skil melukis tu lebih baik. Tapi dengan masa yang asyik terhad sekarang ni, lukisan asyik jadi separuh-separuh. Tak lengkap. Malas nak siapkan. Jadi hanya sketch ringkas mampu dilakukan buat masa sekarang ;)
Ada dua karektor Wan lukis. Yang lelakinya inspirasi dari adik bongsu Wan tu. Dia memang muka ala-ala chinese boy sket. Sebab kami ni mix melayu cina. Tapi detailnya takdelah sama. Yang perempuan ni pula tak rujuk sapa-sapa. Lukis saja-saja sambil isi masa waktu mesyuarat tempohari. Jom enjoy my sketch ;D

Wansteddy Studio