DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Tuesday, September 4, 2012

Header baru tema Kemerdekaan untuk Blog Rakan 1Klik.

Sebelum raya haritu ada plan nak design header bertemakan raya untuk blog Rakan 1Klik. Tapi banyak pula benda nak diuruskan. Sudahnya kerja tertangguh. Sebagai menggantikan rasa kesal tu, Wan design header baru bertemakan bulan Kemerdekaan ke 55 untuk blog Rakan 1Klik. Simple je. Recycle projek sampul duit raya punya projek. Besh pula tengok kartun sendiri dijadikan hiasan sampul duit raya ^^

Jemput singgah blog Rakan 1 Klik. 
Pelbagai ilmu menarik tersedia di blog ni :)

Monday, September 3, 2012

Arabic Dolly

Rindu pula nak menulis di sini. Design dolly terbaru Wan buat untuk POP UP pameran. Saiznya berukuran 6 kaki. Rasa besh lak nak kongsikan kat sini. Maaf ya ada pula tu watermark yang mencacatkan gambar. Rentetan hasil karya Wan telah diciplak oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Memualkan! Macam dah takde idea nak buat design sendiri. Harapan Wan dengan adanya watermark ini sikit sebanyak dapat terhindar dari masalah copycat ni.

Dolly ni dressing ala-ala arab sebab tema Arabic untuk pameran tu. Menu hidangannya ialah Nasi Arab, tak sesuai pula nak sarungkan baju kurung dengan banner menu nasi arab tu kan. Elemen warna tanah untuk warna pakaian dolly ni. Sementelah lazimnya gadis arab ni suka berpakaian warna lembut atau gelap. Lagipun nak sesuaikan pula dengan warna tema pameran tu :)


Wansteddy Studio