DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Thursday, February 24, 2011

Header & Watermark Eily Bionic Women

Rekabentuk header dan watermark ini milik eily Bionic Women dari blog super sweet Warna Warni Kehidupan. Trimas pada Eily yang sudi buat tempahan design dengan  Wan.
Design watermark Eily menggunakan tema ceria sempena nama blog Warna Warni Kehidupan. Jemput singgah blog Eily yang ramah mesra. Dan berkenalan juga dengan anak dara beliau, Cik Dhiya yang comel berambut ikal.
Sedikit penerangan berkenaan header Eily. Paparan latar belakang dengan gambaran permandangan taman. Wan menggunakan rekabentuk dolly yang sama dengan watermark. Cuma ubahsuai  sedikit rekaletak badan dolly mommy Eily untuk disesuaikan dengan kedudukan header.

Trimas Eily!

Wednesday, February 23, 2011

Cat

Sesuatu yang sedang diusahakan. Agak sukar nak mewarnakan kucing hitam. Ditambah lagi dengan posisi begini. Silap haribulan tenggelam bentuk yang ingin dilukis. Tapi seronok melukis anak kucing ini. Walaupun tercabar dengan vector bulunya, namun apabila siap... Semacam satu kepuasan pula. Nantikan persembahan penuh koleksi kucing dari Wan ni yeh :D

Tuesday, February 22, 2011

Upin Ipin

Wan lupa nak paparkan dolly Upin dari karektor Upin Ipin ni. Dah lama siap sempena siapkan dolly Nuha anak gadis Elissmie.  Nuha meminati karektor Upin, justeru Wan cuba mengikut template karektor Upin.  Disebabkan ia adalah doll, maka lukisan tangan dan kaki Upin dipermudahkan untuk menampakkan  ciri-ciri patung sebenar. Semuanya dilukis semula dengan vector adobe illustrator. 
 Boleh rujuk entry Elissmie ~ Nuha Dolly
untuk melihat hasil rekabentuk dolly Nuha. 

Walaupun tidak menyerupai 100% karektor Upin, Wan kekalkan juga X faktor pada Upin versi Wan ni pada bentuk hidung, kening dan rambut. Termasuk warna baju dan designnya. Kalau berkesempatan Wan akan lukis kembar Upin, si Ipin pula. Tapi mungkin dengan bentuk badan yang lebih kartun.

 

Monday, February 14, 2011

Dolly Animation


1st dolly animation yang sempat Wan design. Nak design ekspresi tak lama. Selang 15 minit siap dua frame dolly. Sebab frame pertama, Wan gunakan design dolly yang sedia ada. Dolly kedua Wan cuma ubah bentuk mata, bibir dan kening. Ada kesempatan lagi, Wan nak upgrade animasi dolly Wan dengan lebih banyak pergerakan dan full figure. Insya'allah kalau punya kelapangan  masa. Mucha mucha dari my dolly :)

Monday, February 7, 2011

Kitty

Inilah projek ongoing yang sedang Wan usahakan. Sebenarnya anak kucing ni lukisan kedua Wan lukiskan dengan perisian Adobe Illustrator. Pada asalnya terdapat dua ekor anak kucing berlainan posisi, berlainan warna. Tapi disebabkan masalah dengan PC Wan baru-baru ni, design asal tak dapat diselamatkan. Maka terhasillah dolly kitty ketiga. Belum siap sepenuhnya. Dan hanya dipaparkan untuk suka-suka. Belum dijadikan rekaan final untuk pelanggan Wan :) Nantikan hasil penuhnya!

Wansteddy Studio