Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Thursday, November 3, 2011

Vagg Dolly

Dah lama designkan dolly Vagg ni. Ini tempahan kedua dari Vagg. Sebelumnya Wan designkan untuk kedai online Vagg. Alhamdulillah dapat bekerjasama sekali lagi dengan Vagg. Proses nak siapkan dolly Vagg ni agak makan masa sebab Wan belum pernah design lagi beberapa posisi dolly yang diperlukan. Dan kali ni Wan beranikan diri bereksperimentasi dengan lengguk tubuh seperti yang disketchkan oleh Vagg. Jemput jengah design-design Wan ni.

Dolly sekeluarga yang Wan suka. Vagg memang kreatif dalam ekspresikan design. Menariknya setiap sketch yang dilukis Vagg berbeza dan punya lengguk tubuh berbeza.

Suka bereksperimen dengan dolly ni. Ini dolly Vagg yang pertama Wan hasilkan.Kiranya template dolly pertama. Selainnya Wan copypaste dari design ni dan seragamkan dengan watak Vagg. Diharapkan design Wan ni mencapai kehendak Vagg. Jemputlah singgah ke blog Vagg: blogvaggnini2posen.


Makluman:

Wan tak kisah andai ada yang jadikan design dalam blog ni sebagai sumber inspirasi. Skill Wan  pun bukanlah yang terbaik. Masih dalam peringkat belajar. Bagaimanapun Wan sangat hormati kalian yang tidak meniru idea dan konsep design Wan dengan sewenang-wenangnya. Dan usah jadikan hasil kerja Wan sebagai bahan gosip murahan. Hormatilah Wan juga.,  tak perlu berlebih-lebih. Sekadar menjaga hati ini sudah memadai. Terima kasih.

Friday, October 7, 2011

Kak Ba Dolly

Dolly ni dah lama direka. Terperuk lama dalam folder lupa nak dipaparkan. Jom berkenalan dengan Kak Ba :) Salah seorang penulis Rakan 1Klik.

Wednesday, October 5, 2011

INGAT JANJI KITA illustration

Sebelum ni Wan ada kongsikan entry tentang preview novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila melalui blog peribadi. Entrynya bertajuk: SUPERB Trailer INGAT JANJI KITA Novel Murni Aqila. Seperti yang Wan janjikan, masanya untuk berkongsi tentang lukisan untuk trailer ni. Jom tengok apa yang menarik ;)
Pada mulanya Wan rekakan dolly lelaki disebelah kiri. Moon cadangkan upgrade dolly jadi lebih maskulin untuk watak Raimi. Kemudian timbul idea nak hasilkan dolly Raimi dengan karektor di sebelah kanan. Mata lebih besar dan tampil lebih berkeyakinan. Sesuai dengan watak Raimi dalam novel INGAT JANJI KITA, karektor ni tampil sedikit 'notty' sebab kalau baca novel karya Murni Aqila ni. Raimi memang suka mengusik  sikit wataknya haha...

Transformasi Adi. Wan agak struggle dengan watak Adi versi tomboi. Moon cadangkan karektor ala Korean boy. Jadi Wan google cari karektor perempuan berambut pendek atau lelaki berambut panjang. Dikenakan topi pula. Timbul idea  karektor Adi seperti yang sebelah kiri sekali. Sempoi, selamba dan takde make up langsung. So warna bibir Adi lebih kecoklatan macam warna kulit. Karektor kedua, watak sebenar Adi versi perempuan. Lepas tu Wan transformkan Adi lebih feminin dengan berbaju kurung. Kenapa pilih warna biru? Kenapa tidak pink warna kegemaran Wan? Ahahaha... Jangan lupa... Adi ni kan tomboi, tentu ciri maskulinnya kekal dari segi minat dia, setuju?

Scene pertama: Raimi berborak dengan mamanya. Nak tahu apa yang diborakkan? Bacalah novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila. Dalam entry ni pun dah banyak spoiler Wan bagi. Mana aci bagi dan bagi lagi kan hahaha... Baiklah, teruskan membaca, ok.

Scene kedua: Borak-borak Raimi dan Adi.

Scene ketiga: Raimi memujuk Adi jadi perempuan. Jeng jeng jeng....

Scene keempat: Raimi terkejut tengok transformasi Adi yang mendadak. Sebijik macam perempuan tulen!

Scene kelima: Raimi menguji Adi :D

Scene keenam: Raimi tunjukkan rumah orang tuanya yang mewah. Adi berasa kagum. Anak orang kaya sebenarnya En. Raimi ni... Sila tekel! hehe...

Scene ketujuh: Tiada dalam trailer ~ Kaki Adi tersadung gara-gara kasut tumit tingginya. Oh owww...!

Scene kelapan: Tiada dalam trailer ~ Romantika mood antara Raimi dan Adi. Adakah mereka akan bersama selamanya? Nak tau jalan cerita lebih lanjut, kenalah beli dan baca sendiri novel besh bertajuk INGAT JANJI KITA. Boleh beli online juga dengan penulisnya melalui laman Facebook beliau.

Besh tak? hehe... Yup! Wan ambil masa beberapa hari siapkan keseluruhan design ni. Nampak mudah. Tapi banyak kerja kena dilakukan. Terutama ekspresi wajah dan bahasa badan. Tak lupa perincian latar belakang. Bagi yang kenali Wan, memang tahu, Wan tak suka ambil mudah hasil kerja Wan. Sebab tu projek selalu lambat siap! hahaha... Jujurnya projek ni melonjak diri Wan berusaha lebih keras lagi dengan kerja rekabentuk. Walaupun rasa penat juga, tapi puas dan berbaloi bila tengok hasilnya. Nak tengok tak trailer ni dalam Youtube? Nah ini linknya ;D

Terima kasih kerana sudi membaca entry ni dari mula hingga akhir. Jom beli novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila. Ikuti perkembangan penulis berbakat ini melalui laman blognya: Pena Bertinta.

Thursday, September 22, 2011

Sneak peek ~ Design ongoing

Ada lapan mukasurat semuanya. Dan ini lukisan gantian sebab lukisan asal silap.  Maka kena lukis semula 8 mukasurat baru. Karektor baru, costume baru dan latar belakang yang sedikit berbeza. Keseluruhannya kena buat 16 drawing! huhu... Harap-harap selesai segera. Kepala dah toing toing dah hari-hari tidur berapa jam je.

Cerita lanjut bila lukisan ni semua dah approve, barulah Wan dedahkan apakah projek ini. Dan untuk siapa? Jeng jeng jeng.... Famous amos juga orangnya ;) Tungguuuuu!

Monday, September 19, 2011

Design untuk Sis Najlah Ishak!

Sekitar bulan Julai Wan siapkan tempahan segera kad undangan hari lahir dan sticker untuk  anak lelaki Najlah yang bernama Fahd Hakeemi. Nama yang unik kan ;D  Sis Najlah berpangkat kakak dengan Wan, tapi dah ter... panggil nama saja, rasa lebih mesra hehe.... Dan dalam kekabutan mencari link blog Najlah,  sempena nak bina entry ini... google saja semestinya. Rupa-rupanya Najlah, pelanggan Wan ni seorang selebriti!

Beliau yang dimaksudkan ialah Najlah Ishak, mantan pengacara Wanita Hari Ini yang mengacarakan rancangan tersebut sekitar tahun 2002 hingga 2003. Jujurnya Wan terkejut juga bila tahu khabar ni. Sebab Sis Najlah memang takde citer pun siapa dirinya yang sebenarnya. Keseluruhannya senang bekerjasama dengan Sis Najlah sebab beliau dah sediakan spek design dan wording untuk disiapkan. Maka kerja jadi lebih mudah dan cepat, Cumanya disebabkan masa siapkan kerja design Sis Najlah. Wan terperangkap dengan kerja-kerja lain yang menuntut masa untuk disiapkan. Maka projek asyik on off. Mujurlah design dapat disiapkan pada masa yang sepatutnya. Phew!

Stiker design

Poster design - halaman depan

Poster design - halaman belakang

Ini projek pertama Wan dengan artis. Itu pun Wan tak tahu pun asalnya sampailah projek dah selesai. Dapat payment, berminggu lepas tu masa nak buat entry barulah tahu. Terima kasih berbanyak pada Sis Najlah kerana sudi berikan kepercayaan pada Wan lakukan kerja rekabentuk untuk sambutan hari lahir anak lelakinya. Rasa terharu sangat.

Wednesday, August 10, 2011

Che Ross Dolly

Owh... Dah lama sunggu tak kongsikan sebarang hasil  kerja dalam blog ni kan. Harini rasa teringin nak jengah semula blog yang bersawang ni. Nak dibuang sayang, maka dibiarkan saja terabai. Kali ini Wan design dolly Che Ross. Simple saja tapi sengaja Wan terapkan elemen bunga ros melalui warna merah jambu. Sampai sini dulu, ada masa nanti Wan kongsikan hasil kerja baru lagi ;D


Tuesday, July 12, 2011

Mama KayKay ColorCreation Design

Dah lama siapkan design untuk Kak Sue. Tapi Wan asyik lupa nak masukkan dalam blog. Akhirnya punya kesempatan paparkan hasil design untuk Kak Sue. Antara item tempahan Kak Sue ialah, header, watermark dan badge. Trimas pada Kak Sue atas kepercayaan yang diberikan pada Wan :) Jom tengok design khas untuk Kak Sue pemilik blog Mama KayKay ColorCreation!

Design header. Kak Sue merupakan seorang krafter berbakat. Justeru Wan tampilkan rekabentuk seperti rumah kedai lengkap dengan peralatan jahitan. Gandingan warna kegemaran Kak Sue biru muda dan merah jambu. Dolly Kak Sue serta anak lelakinya sebagai pelengkap design.

Design di atas sekali merupakan watermark. Design ini ialah badge. Dolly Kak Sue ni template awal Wan hasilkan dengan raut wajah ekslusif. Sekali lagi, terima kasih atas kesudian Kak Sue menempah design dengan Wan. Ada kesempatan nanti Wan share pula design tempahan Kak Sue berikutnya. Pennant. Tunggu eh!

Wednesday, July 6, 2011

The Gossip


It start with one person.
To another and another and another...
and it's bad...






Tuesday, July 5, 2011

Alice in Wonderland

Memenuhi entry dengan hasil karya Wan yang lepas. Untuk maklumat lanjut berkenaan lukisan ni, bolehlah baca entry Wan bertajuk: World Book Day 2011.

Wednesday, May 25, 2011

Signage Taska Auladur Rayyan

Signage ini direka khas untuk Taska Auladur Rayyan. Ditempah oleh Ida aka Fabulous Mommy. Wan hanya lengkapkan rekabentuk latar signage semata. Logo taska Auladur Rayyan direka oleh designer lain. Beberapa sudut kelihatan kosong akan diisikan dengan beberapa logo tambahan yang akan ditetapkan oleh Ida nanti.
Paparan penuh banner Taska Auladur Rayyan. Terima kasih atas kesudian Ida tempah design dengan Wan. Harap-harap Ida berpuas hati dengan hasil yang diberikan :)

Tuesday, May 24, 2011

Dolly Fabulous Mommy

Dah lama rasanya tak berkongsi hasil kerja Wan kat blog ni. Ikutkan banyak kerja Wan yang sedia dipaparkan dalam blog ni. Tapi takde kesempatan nak bina entry baru. Kalau punya kelapangan, Wan akan paparkan hasil kerja Wan yang lepas. Yang dah sedia terima oleh pelanggan dan sebahagiannya hasil kerja Wan untuk projek pejabat dan peribadi.

Jemputlah lihat dolly terkini rekabentuk Wan. Dolly ini milik Ida yang lebih dikenali sebagai Fabulous Mommy. Ida menyukai kombinasi hijau pucuk pisang dan merah jambu gelap. Wan cuba hasilkan bentuk figure yang seksi sikit memandangkan Ida adalah usahawan dalam perniagaan Premium Beautiful. Untuk dapatkan maklumat lanjut, jemputlah bertandang ke blog Ida melalui laman blog Fabulous Mommy.

Sebuah badge dengan bingkai berkerawang untuk Ida. Tampilkan dalam medium warna klasik supaya boleh nampak 'in' dengan karektor dolly :) Trimas pada Ida sebab sudi berikan kepercayaan pada Wan hasilkan rekabentuk dolly dan signage untuk beliau. 

Akan datang, Wan akan kongsikan hasil kerja rekabentuk signage milik Ida pula. Tunggu.... :)

Friday, May 6, 2011

Uchee Dolly

Karektor gadis yang gemar melaram. Perwatakan ceria dan disenangi ramai. Meriah dengan warna ceria merah. Suntikan kuning dan biru penyeri warna. Jemput kenali Uchee, salah seorang penulis Rakan 1Klik.

Tuesday, April 26, 2011

Kasih the elephant

Bulat-bulat si gajah biru,
namanya kasih, idaman kalbu, 
jika berkawan biarlah beribu, 
andai berkasih mestilah satu :)
Design malas dan paling cepat dilakukan pagi ini.

Monday, April 25, 2011

Shopping girl

Dah lama rekakan poster mini ni. Ubahsuai dari karektor dolly terdahulu. Walaupun kelihatan mudah dan ringkas. Banyak juga perincian yang terpaksa Wan utamakan. Hatta tali paperbag itu pun perlu diberikan perhatian. Karektor shopping girl yang gemar berbelanja. Enjoy my design :)

Rekaan penuh poster ini.

Thursday, April 21, 2011

Gadis semasa

Dah lama tak kongsikan bersama hasil kerja Wan yang baru. Blog ini seolah-olah kurang nafasnya. Wan sampai terfikir nak bubarkan saja. Tapi atas dorongan dan sokongan kawan-kawan, Wan rasa sayang juga nak bubarkan blog design ni. Walaupun jarang update entry baru, tapi kenangan tubuhkan blog ini buat rasa touching je. Wan cuba juga kendalikan blog ini sebaik Wan kendalikan blog Wansteddy Tales (peribadi). Insya'allah...


Banyak koleksi design baru yang Wan nak kongsikan di sini. Hasil dolly terbaru juga banyak belum dipaparkan lagi. Terbaru, Wan kongsikan bentuk design dolly Wan terkini. Dengan alis mata super lentik bak bulu mata Rozita Che Wan. Sesuai untuk kaum wanita dewasa. Atau gadis-gadis semasa yang fashionista? Nantikan kemunculan dolly-dolly baru Wan. Hari demi hari Wan akan kongsikan juga ;)

Thursday, April 14, 2011

Pennant Hari Jadi Damia

Dah lama tak kongsikan hasil design Wan kat sini. Seperti yang dijanjikan Wan nak paparkan hasil rekabentuk pennant Hari Jadi Damia. Pennant ni bertemakan merah jambu kerana Wan sendiri penggemar Pink. Sesuai untuk anak perempuan kan...

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Pennant & Poster Haikal & Asyraf

Sempena sambutan Hari Jadi Haikal dan Majlis Akikah asyraf, Wan sempat designkan pennant khas yang digabungkan bersama sebab mereka ni adik beradik. Lagi pun majlis ni diadakan pada hari yang sama. 

Pennant dan poster Asyraf Wan sediakan dengan tema kuning, oren. Bersesuaian dengan warna kegemaran kakak sepanjang mengandungkan Asyraf. Latar polkadot untuk melembutkan elemen warna garang ini. Dan sedikit sentuhan jambangan bunga simbolik pada majlis akikah untuk Asyraf.

Pennant dan poster Haikal diwarnaka dengan tema merah. Haikal sendiri yang memilih tema merah. Dengan latar jalur-jalur. Menampakkan ciri untuk kanak-kanak sesuai dengan usia Haikal ~ 8 tahun.

Rekabentuk penuh gabungan kedua design poster tadi. Jemput klik gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas.

Friday, April 1, 2011

Cik Sally

Dah lama Wan nak gunakan mode warna merah jambu dan turqoise. Ia kelihatan lembut dan manis digabungkan bersama. Akhirnya kombinasi warna itu dihasilkan untuk rekabentuk dolly Cik Sally.


Cik Sally dipertanggungjawabkan mengupas isu berkenaan Negeri Sarawak.  Jemputlah berkenalan dengan Cik Sally, salah seorang penulis pena Rakan 1Klik.

Thursday, March 31, 2011

Angel Cupid Kitchen

Watermark ini milik Rina dari blog Angel Cupid Kitchen. Rekabentuk watermark ini sememangnya dah jadi hak milik Rina. Tugas Wan cuma trace semula keseluruhan logo dan bina semula watermark untuk Rina. Sedikit masalah terjadi sebab Wan takde simpanan jenis font untuk logo ini. Justeru Wan terpaksa trace semula semua font ini satu persatu. Satu kerja yang remeh untuk kerja tracing ni, tapi mudah saja sebenarnya ^^

 Inilah design penuh logo dan watermark Angel Cupid Kitchen.

Wan sediakan beberapa sample design untuk pilihan Rina. Bagaimanapun, final design Rina memilih design asal logo sahaja. Walaupun tidak dapat menepati design asal, kerana vector yang berlainan. Tapi hampir 98% design watermark ini dilukis semula dengan rujukan logo asal. Semoga Rina berpuas hati dengan hasil kerja Wan :D

Wednesday, March 30, 2011

Zarra Si Permaisuri

Simbolik anak kecil maka lahirlah rekabentuk dolly Zarra Si Permaisuri. Dengan kisah kekeluargaan penulis pena dengan nama Zarra memaparkan isu-isu kekeluargaan dan kasih sayang. Terutama isu berkaitan anak-anak kecil. 

Wan hasilkan dolly ini dengan template dolly baby sedia ada. Tampilkan perubahan pada rekaan rambut dan costume. Sengaja wan gunakan warna biru dan merah jambu. Sebuah kombinasi luhur dan manis untuk anak kecil. Bentuk tiara dan veil untuk tampilkan imej si permaisuri. Beserta gemerlipan cahaya bintang untuk elemen fantasi.

Tuesday, March 29, 2011

Yusuf

Karektor Yusuf, gambaran seorang pekerja. Justeru Wan hasilkan pakaian berkemeja dan bertali leher untuk menampakkan ketrampilan lelaki bekerjaya.

Monday, March 21, 2011

Seri Dewi

Wan kembali dengan design dolly yang baru. Kali ini Dolly untuk Seri Dewi. Karektor Seri Dewi seorang wanita yang berjauhan dari keluarganya atas urusan kerja. Justeru Wan paparkan dolly di dalam kereta sebagai latar belakang. 
 
 
Dolly Seri Dewi memegang telifon bimbit simbolik hubungi keluarga tercinta. Anggap saja Seri Dewi sedang berhenti rehat pada ketika ini ya. Elakkan gunakan telifon bimbit di dalam kenderaan melainkan anda menggunakan handsfree! Selamat menjamu mata ^^

Wednesday, March 16, 2011

Dolly Khairul

Jarang sekali Wan kongsikan hasil kerja dolly lelaki kan. Kali ni tersenarai antara penulis Rakan 1Klik, Wan tampilkan en.Khairul dengan berpakaian batik. Suntikan elemen patriotik melalui logo 1Malaysia.

Profile Picture Wansteddy

Sengaja paparkan juga design dolly profile picture blog di sini. Kenang-kenangan. Untuk cerita lanjut, jemputlah ke blog peribadi Wan yeh :D

Tuesday, March 15, 2011

Harum Manis

Harum manis. Sekilas membaca namanya tentu terfikirkan karektor anak gadis comel kan? Teruja wan membayangkan karektor watak ini.

Namun hakikat sebenar, Harum Manis merujuk kepada sejenis buah-buahan. Ia termasuk dalam kelompok jenis buah Mangga. Harum Manis sangat popular di negeri Perlis. Warna kulitnya hijau. Manakala isinya tebal kekuningan. Baunya manis seharum namanya.


Pemilik nama Harum Manis menginginkan wataknya dengan memegang sebakul buah harum manis simbolik pada nama pena beliau. Sengaja Wan tampilkan warna baju serba hijau sedondon dari tudung ke kasut. Tak lupa sebakul buah harum manis dan lambaian mesra karektor ini :D

Wansteddy Studio