Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!
Showing posts with label Illustration. Show all posts
Showing posts with label Illustration. Show all posts

Friday, February 17, 2012

My Simple Sketch

Dah lama tak menulis kat sinikan... Maaf sangat-sangat kat kawan-kawan yang buat tempahan. Memang belum terbuka hati lagi nak buat kerja design blog. Sibuk dengan kerja hakiki sekarang ni. Bimbang kalau ambil juga tempahan, kelam kabut tak dapat siapkan dalam tempoh segera. Jom layan sketch baru dari Wan. Saja-saja je lukis. Bukan nak buat apa pun. Tangan rasa gatal nak asah minat lama. Skecthing. Rasanya banyak skill yang dah lari terutamanya bab ton warna tu. Kena asah selalu bagi skil melukis tu lebih baik. Tapi dengan masa yang asyik terhad sekarang ni, lukisan asyik jadi separuh-separuh. Tak lengkap. Malas nak siapkan. Jadi hanya sketch ringkas mampu dilakukan buat masa sekarang ;)
Ada dua karektor Wan lukis. Yang lelakinya inspirasi dari adik bongsu Wan tu. Dia memang muka ala-ala chinese boy sket. Sebab kami ni mix melayu cina. Tapi detailnya takdelah sama. Yang perempuan ni pula tak rujuk sapa-sapa. Lukis saja-saja sambil isi masa waktu mesyuarat tempohari. Jom enjoy my sketch ;D

Wednesday, October 5, 2011

INGAT JANJI KITA illustration

Sebelum ni Wan ada kongsikan entry tentang preview novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila melalui blog peribadi. Entrynya bertajuk: SUPERB Trailer INGAT JANJI KITA Novel Murni Aqila. Seperti yang Wan janjikan, masanya untuk berkongsi tentang lukisan untuk trailer ni. Jom tengok apa yang menarik ;)
Pada mulanya Wan rekakan dolly lelaki disebelah kiri. Moon cadangkan upgrade dolly jadi lebih maskulin untuk watak Raimi. Kemudian timbul idea nak hasilkan dolly Raimi dengan karektor di sebelah kanan. Mata lebih besar dan tampil lebih berkeyakinan. Sesuai dengan watak Raimi dalam novel INGAT JANJI KITA, karektor ni tampil sedikit 'notty' sebab kalau baca novel karya Murni Aqila ni. Raimi memang suka mengusik  sikit wataknya haha...

Transformasi Adi. Wan agak struggle dengan watak Adi versi tomboi. Moon cadangkan karektor ala Korean boy. Jadi Wan google cari karektor perempuan berambut pendek atau lelaki berambut panjang. Dikenakan topi pula. Timbul idea  karektor Adi seperti yang sebelah kiri sekali. Sempoi, selamba dan takde make up langsung. So warna bibir Adi lebih kecoklatan macam warna kulit. Karektor kedua, watak sebenar Adi versi perempuan. Lepas tu Wan transformkan Adi lebih feminin dengan berbaju kurung. Kenapa pilih warna biru? Kenapa tidak pink warna kegemaran Wan? Ahahaha... Jangan lupa... Adi ni kan tomboi, tentu ciri maskulinnya kekal dari segi minat dia, setuju?

Scene pertama: Raimi berborak dengan mamanya. Nak tahu apa yang diborakkan? Bacalah novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila. Dalam entry ni pun dah banyak spoiler Wan bagi. Mana aci bagi dan bagi lagi kan hahaha... Baiklah, teruskan membaca, ok.

Scene kedua: Borak-borak Raimi dan Adi.

Scene ketiga: Raimi memujuk Adi jadi perempuan. Jeng jeng jeng....

Scene keempat: Raimi terkejut tengok transformasi Adi yang mendadak. Sebijik macam perempuan tulen!

Scene kelima: Raimi menguji Adi :D

Scene keenam: Raimi tunjukkan rumah orang tuanya yang mewah. Adi berasa kagum. Anak orang kaya sebenarnya En. Raimi ni... Sila tekel! hehe...

Scene ketujuh: Tiada dalam trailer ~ Kaki Adi tersadung gara-gara kasut tumit tingginya. Oh owww...!

Scene kelapan: Tiada dalam trailer ~ Romantika mood antara Raimi dan Adi. Adakah mereka akan bersama selamanya? Nak tau jalan cerita lebih lanjut, kenalah beli dan baca sendiri novel besh bertajuk INGAT JANJI KITA. Boleh beli online juga dengan penulisnya melalui laman Facebook beliau.

Besh tak? hehe... Yup! Wan ambil masa beberapa hari siapkan keseluruhan design ni. Nampak mudah. Tapi banyak kerja kena dilakukan. Terutama ekspresi wajah dan bahasa badan. Tak lupa perincian latar belakang. Bagi yang kenali Wan, memang tahu, Wan tak suka ambil mudah hasil kerja Wan. Sebab tu projek selalu lambat siap! hahaha... Jujurnya projek ni melonjak diri Wan berusaha lebih keras lagi dengan kerja rekabentuk. Walaupun rasa penat juga, tapi puas dan berbaloi bila tengok hasilnya. Nak tengok tak trailer ni dalam Youtube? Nah ini linknya ;D

Terima kasih kerana sudi membaca entry ni dari mula hingga akhir. Jom beli novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila. Ikuti perkembangan penulis berbakat ini melalui laman blognya: Pena Bertinta.

Wednesday, July 6, 2011

The Gossip


It start with one person.
To another and another and another...
and it's bad...






Tuesday, July 5, 2011

Alice in Wonderland

Memenuhi entry dengan hasil karya Wan yang lepas. Untuk maklumat lanjut berkenaan lukisan ni, bolehlah baca entry Wan bertajuk: World Book Day 2011.

Friday, November 26, 2010

Apron

Projek yang belum diluluskan. Design dolly dengan apron ni dah siap ada. Tunggu confirmation dari pemiliknya. Siapa? Tungguuuu.... :)

Tuesday, September 28, 2010

Teaser imej sang rama-rama & logotype

Rekabentuk ini dihasilkan atas permintaan rakan. Kalau berkesempatan aku akan update dollynya pulak. Tunjukkan hasil kerja rekabentuk vector rama-rama dan logotype dulu.
Latar utama kerengka rama-rama ini diambil menggunakan gambar rama-rama sebenar. Hanya menggunakan tracing options untuk mendapatkan vector rama-rama ini. Kerja lebih mudah menggunakan live trace.
Seterusnya rekabentuk caption blog. Menggunakan dua rekabentuk asas. Andai pelanggan nak ubahsuai logotype cuma ubah jenis font sahaja.

Thursday, July 15, 2010

Sewing Machines

Selalunya aku design simple-simple je untuk kategori item rumah macam perabot dan alatan elektronik versi vector. Tapi dek kerana aku tertawan hati dengan mesin jahit milik Ayu yang comel dengan elemen kerawang, aku jadi teringin sekali abadikan mesin jahit Ayu sepenuhnya. Sayang sekali aku tak punya kerawang yang sama dengan mesin jahit asal. Ubahsuai sajalah dengan mana-mana saja kerawang yang aku ada. Hasilnya begini. Okeylah kan. Kalau aku nak beli mesin jahit mesti yang comel-comel begini bukan pentingkan fungsinya sangat! hahaha... Tapi confirm aku tak beli mesin jahit sepanjang hayat ini. Kerana rahsianya aku bertangan keras bab-bab menjahit, suam-menyulam, kait-mengait dan seangkatan dengannya... hehe... Pendek kata, tak berbakat bab-bab bidang jahitan ni.

Wednesday, June 9, 2010

Dolly Kak Liza

Baru-baru ini aku terima tempahan dolly dari Kak Liza. Sambil-sambil siapkan sebuah dolly khas untuk beliau, aku hadiahkan sebuah lukisan ringkas yang mempunyai ciri peribadi Kak Liza. Bolahlah digunakan untuk buat kad hiasan atau bookmark.
Kak Liza versi dolly ~ mini me
Kak Liza sengaja memilih bentuk chubby dolly. Sedangkan karektor sebenar beliau, kecik molek je orangnya, hehe... "Montok itu indah" katanya. Aku sediakan 2 jenis dolly untuk Kak Liza. Dolly chubby ini jugak Kak Liza suka. Harap-harap dolly ini menepati kehendak Kak Liza.
Lukisan tambahan. Sesuai dijadikan bahan grafik seperti pelbagai jenis kad ucapan atau penanda buku.
Close up dolly Kak Liza
Sebuah dolly berharga RM10

Tuesday, June 8, 2010

Rose

Design ni aku rujuk pada sarung bantal mak. Sungguh tak senonoh. Sebabkan teruja dengan bentuk ros cantik ni. Aku sanggup scan dan lukis vector demi vector. Tapi bila dah siap penuh. Aku rasa terharu sungguh... Ketika kejadian aku baru 19tahun. Maaflah my skill tak berapa smooth ketika itu. Tapi... hey! sebagai orang baru belajar ketika itu. Ros begini kira... oklah!

Illustration ~ Bee Toy

Design ini aku reka ketika final semester UiTM untuk projek akhir. Berkurun lamanya terperap dalam komputer. Bee toy ini aku lukis vector by vector dengan penuh kegigihan kerana tika itu masih baru kenal adobe illustrator. Makanya design aku tersangatlah sucinya. Takde langsung pencemaran unsur luar.
Bee Toy ini aku rujuk melalui wall hanging doll berbentuk lebah. Sangat cute. Patung tersebut termasuk dalam item projek akhirku. Sekarang dah selamat dalam simpanan pensyarah. Aku rasa dah lunyai kot dimamah usia. wuwu...

Wansteddy Studio