Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Thursday, March 31, 2011

Angel Cupid Kitchen

Watermark ini milik Rina dari blog Angel Cupid Kitchen. Rekabentuk watermark ini sememangnya dah jadi hak milik Rina. Tugas Wan cuma trace semula keseluruhan logo dan bina semula watermark untuk Rina. Sedikit masalah terjadi sebab Wan takde simpanan jenis font untuk logo ini. Justeru Wan terpaksa trace semula semua font ini satu persatu. Satu kerja yang remeh untuk kerja tracing ni, tapi mudah saja sebenarnya ^^

 Inilah design penuh logo dan watermark Angel Cupid Kitchen.

Wan sediakan beberapa sample design untuk pilihan Rina. Bagaimanapun, final design Rina memilih design asal logo sahaja. Walaupun tidak dapat menepati design asal, kerana vector yang berlainan. Tapi hampir 98% design watermark ini dilukis semula dengan rujukan logo asal. Semoga Rina berpuas hati dengan hasil kerja Wan :D

Wednesday, March 30, 2011

Zarra Si Permaisuri

Simbolik anak kecil maka lahirlah rekabentuk dolly Zarra Si Permaisuri. Dengan kisah kekeluargaan penulis pena dengan nama Zarra memaparkan isu-isu kekeluargaan dan kasih sayang. Terutama isu berkaitan anak-anak kecil. 

Wan hasilkan dolly ini dengan template dolly baby sedia ada. Tampilkan perubahan pada rekaan rambut dan costume. Sengaja wan gunakan warna biru dan merah jambu. Sebuah kombinasi luhur dan manis untuk anak kecil. Bentuk tiara dan veil untuk tampilkan imej si permaisuri. Beserta gemerlipan cahaya bintang untuk elemen fantasi.

Tuesday, March 29, 2011

Yusuf

Karektor Yusuf, gambaran seorang pekerja. Justeru Wan hasilkan pakaian berkemeja dan bertali leher untuk menampakkan ketrampilan lelaki bekerjaya.

Monday, March 21, 2011

Seri Dewi

Wan kembali dengan design dolly yang baru. Kali ini Dolly untuk Seri Dewi. Karektor Seri Dewi seorang wanita yang berjauhan dari keluarganya atas urusan kerja. Justeru Wan paparkan dolly di dalam kereta sebagai latar belakang. 
 
 
Dolly Seri Dewi memegang telifon bimbit simbolik hubungi keluarga tercinta. Anggap saja Seri Dewi sedang berhenti rehat pada ketika ini ya. Elakkan gunakan telifon bimbit di dalam kenderaan melainkan anda menggunakan handsfree! Selamat menjamu mata ^^

Wednesday, March 16, 2011

Dolly Khairul

Jarang sekali Wan kongsikan hasil kerja dolly lelaki kan. Kali ni tersenarai antara penulis Rakan 1Klik, Wan tampilkan en.Khairul dengan berpakaian batik. Suntikan elemen patriotik melalui logo 1Malaysia.

Profile Picture Wansteddy

Sengaja paparkan juga design dolly profile picture blog di sini. Kenang-kenangan. Untuk cerita lanjut, jemputlah ke blog peribadi Wan yeh :D

Tuesday, March 15, 2011

Harum Manis

Harum manis. Sekilas membaca namanya tentu terfikirkan karektor anak gadis comel kan? Teruja wan membayangkan karektor watak ini.

Namun hakikat sebenar, Harum Manis merujuk kepada sejenis buah-buahan. Ia termasuk dalam kelompok jenis buah Mangga. Harum Manis sangat popular di negeri Perlis. Warna kulitnya hijau. Manakala isinya tebal kekuningan. Baunya manis seharum namanya.


Pemilik nama Harum Manis menginginkan wataknya dengan memegang sebakul buah harum manis simbolik pada nama pena beliau. Sengaja Wan tampilkan warna baju serba hijau sedondon dari tudung ke kasut. Tak lupa sebakul buah harum manis dan lambaian mesra karektor ini :D

Thursday, March 10, 2011

Dolly Jentayu

Jentayu membawa beberapa maksud, antaranya... burung dan perasaan rindu pada sesuatu atau seorang (kekasih). Diolah dengan perilaku seorang perindu, Wan lahirkan karektor wanita yang tampil lembut dan manis, seindah namanya. 
Penggunaan warna hijau lumut atau seakan-akan warna turquoise menampilkan imej tegas dan mesra. Aksesori manik putih menghiasi tudung dengan kilauan sedikit cahaya, ibarat mutiara putih. Perhiasan ini ringkas tapi melengkapkan gaya.

Perkenalkan Jentayu, salah seorang penulis ruangan Rakan 1Klik  dengan bahan ceritanya, berkenaan Makanan.

Wednesday, March 9, 2011

Dolly Cikgu Bedah

Cikgu Bedah karektor rekaan Wan, seorang guru yang tampil tegas dan berwibawa. Cermin mata simbol kebijaksanaan. Dan pembaris serta papan hitam ikon peribadi seorang guru sekolah. Wan mengikut kehendak Zureen, pemilik nama pena Cikgu Bedah dengan tampilkan Cikgu Bedah sebagai seorang guru yang bergaya dan moden. Kombinasi biru muda dan merah jambu kontras dengan warna hijau muda dan gelap buat latar belakang.


Selamat berkenalan dengan Cikgu Bedah. Seorang guru digital yang mendidik tentang kisah-kisah berkaitan pendidikan dan pengajian. 


Pertama kali Wan baca nama samaran Cikgu Bedah. Imbasan pertama karektor dalam kepala Wan adalah karektor Cikgu Bedah dalam filem Adik Manja. Watak ini dimainkan oleh Adibah Amin. Suatu watak unik gambaran guru yang kecoh haahaha...

Tuesday, March 8, 2011

Dolly Misi Comel

Misi Comel watak yang paling mudah diilhamkan. Sekali lafaz Wan dah dapat gambaran seorang jururawat bergaya dengan thermometer dan picagari. Item jelas yang menunjukkan ciri seorang petugas kesihatan.


Sengaja Wan bentukkan karektor yang chibi (kecil) kerana namanya, 'Comel'. Watak kecil dan ketot begini disuaikan dengan kostum jururawat menghasilkan ilusi jururawat yang comel. Tak lupa penggunaan warna merah jambu untuk  impak lembut dan manis pada karektor Misi Comel.

Monday, March 7, 2011

Dolly Datin Omi

Beliau wanita ekslusif dan berpangkat besar. Perwatakan dan tutur katanya berlagu dengan lembut. Sentiasa punya sikap terbuka memberi peluang pada para pekerja mempersembahkan idea-idea baru. Justeru Wan gambarkan Datin Omi sebagai wanita berkarisma dan punya gaya. 


Dolly Omi kelihatan ringkas.  Walapun tidak sarat dengan perhiasan lain seperti bingkai gambar atau perhiasan latar belakang. Hiasan tambahan bingkai nama dan sedikit kerawang mudah untuk gambaran ekslusif. Serta perhiasan seperti rantai mutiara dan kerongsang semi putih bertahtakan emas. Bertepatan dengan permintaan Datin, Wan menghiaskan dolly ini dengan baju kurung berwarna ungu. Lengkap dengan aksesori tambahan agar Datin kelihatan mewah dan anggun. 

Rekabentuk ini sudah cukup mengambarkan ciri mewahnya Lazimnya yang mudah itu lebih indah. Setuju?


Saturday, March 5, 2011

Dolly Cik Bibiran

Beliau wanita Sabahan. Gayanya haruslah anggun dan penuh pesona. Dengan solekan nipis dolly ini kan tampak manis. Wan ingat lagi pertama kali meneliti spek untuk melukis dolly Cik Bibiran. Wan fikir... "Ini susah..." Sebab Wan tak pernah lagi melukis costume vector gadis Sabahan. Tentunya Wan perlu lakukan sedikit kajian. Bermulalah kerja-kerja mengGoogle dan sebagainya.

Kebaikan dari jenis lukisan yang tidak pernah dihasilkan. Secara tak langsung Wan mengasah idea dan persembahan baru dalam lukisan vector. Benar ia lebih sukar. Nak-nak Wan hadapi masalah ketika komputer rosak. Dan ini adalah lukisan kedua Cik Bibiran, kerana lukisan pertama ikut terkubur dalam hardisk lama. 

Dengan rujukan dari gambar kaum Kadazan, Wan cuba membentuk imej gadis ini sebaiknya. Sedikit aksesori tambahan seperti bunga raya lambang negara Malaysia sebagai objek simbolik. Serta gelang manik yang sangat popular di Sabah. Tidak dilupa selendang berkait yang menjadi elemen fesyen kaum Sabah. 

Hasilnya motif mudah seorang gadis Sahaban. Perkenalkan pada kalian... Cik Bibiran.

Friday, March 4, 2011

Dolly Nahaza

Dolly karektor Nahaza. Sedikit penerangan mengenai rekabentuk dolly ini,  ia gambaran seorang wanita yang mahir dalam bidang IT. Justeru, Wan masukkan lukisan laptop untuk melengkapkan gaya.

Wednesday, March 2, 2011

Agendela Dolly

Karektor design untuk Agendela. Pemilik dolly ini memang punya nama yang unik begini. Hasil dolly ini untuk projek kerja Wan. Ia termasuk dalam 40 lebih koleksi dolly yang yang hasilkan sekitar bulan disember hingga kini.

Hari demi hari Wan akan siarkan entry dengan paparan design dolly selanjutnya. Tunggu....!

Tuesday, March 1, 2011

Floating Widget Animation

Yeay! Akhirnya berjaya siapkan animasi 3 layer. Walaupun serba kekurangan. Tapi kepuasan tu memang nyata! Rasa happy sangat petang ini. Tugasan yang dibelek-belek sejak jam 2 petang tadi, berbaloi juga akhirnya. Jom semak hasil kerja Wan. Harap-harap animasi ni menjadi ^^

Wansteddy Studio