Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!
Showing posts with label Wansteddy Story. Show all posts
Showing posts with label Wansteddy Story. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Tempahan ditutup buat sementara

Buat sementara waktu saya terpaksa menutup tempahan dari pelanggan baru. Tempahan para pelanggan di dalam senarai menunggu masih dalam proses pembinaan. Ada di kalangan pelanggan yang belum dapat dihubungi semula, mungkin kerana sudah tak menggunakan alamat email yang sama.
Untuk pengetahuan para pelanggan. Dalam sebulan kadang kala saya menerima sebanyak 6 atau 7 tempahan sekaligus. Justeru apabila jumlah pelanggan terlalu ramai, maka kerja-kerja pembinaan rekabentuk terpaksa diperlahankan dengan memberi keutamaan kepada pelanggan terdahulu. Tempahan berikutnya akan dibuka semula pada masa akan datang selepas saya bersedia menerima tempahan baru. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog Wansteddy Studio. Teruskan sokongan anda terhadap industri kreatif negara. Dan bersamalah kita membanteras aktiviti copycat!

Thursday, August 19, 2010

Senarai Tempahan

Bermula dari bulan Jun lalu, saya menerima banyak tempahan dari pelanggan seluruh Semenanjung. Susunan jadual tempahan agak berselerak sebab saya tak simpan dalam folder khas. Masalah mula timbul bila pelanggan mula menuntut hasil design untuk mereka. Dek kerana kealpaan ini, saya merancang untuk buat senarai pelanggan di sudut blog ini. Sila semak di bahagian kanan sidebar.
Pada mulanya saya agak keberatan nak kongsikan maklumat ini. Dikhuatiri atas sebab beberapa perkara. Bimbang masalah design dibatalkan. Bimbang pelanggan boring tunggu lama. Tapi kalau tak kongsikan maklumat ini, pelanggan tak kan tahu kedudukan nombor giliran mereka.
Kelebihan senarai tempahan ini: Satunya boleh dijadikan peringatan kepada saya tentang bilangan sebenar pelanggan saya. Keduanya untuk memudahkan pelanggan tahu mereka berada pada kedudukan yang ke berapa. Saya tak masukkan sekali pelanggan yang telah siap menerima tempahan. Kalau dimasukkan juga dalam senarai boleh timbulkan lebih banyak kekeliruan.
Diharapkan dengan wujudnya senarai tempahan ini, pelanggan kesayangan saya dapat memahami situasi saya, kenapa design tempahan mereka lambat disiapkan. Prinsip saya, rekebentuk dilakukan mengikut giliran masing-masing. Andaikata berlaku percanggahan mungkin kerana design masih dalam pembinaan atau pelanggan perlukan khidmat pengubahsuaian. Justeru design diletakkan dalam mode ongoing.

Tuesday, April 13, 2010

Wansteddy servis

Teringin nak gunakan design sendiri sebagai background blog. Design pun dah berlambak aku reka dan simpan. Masalahnya bila nak upload macam-macam terjadi. Saiz tak ngam la. Senget la. Sudahnya impian background design sendiri tinggal angan-angan je la.
Sekarang mungkin format blogspot lebih mudah dan banyak tutorial cara-cara nak upload design sendiri dalam blog. Tapi aku masih tak berkesempatan nak cari cara sesuai. Sedangkan mencari saiz header sorang member blog pun terkial-kial. Aku dah sampai tahap pasrah dah ni. Kesian Iem, dah lama tunggu design headernya siap. Bukan aku tak usaha cari saiz header yang padan dengan blognya. Tapi bila aku yakin betul saiznya dah sesuai tak ngam jugak, hai... Masih berusaha keras selesaikan masalah ni.
Harapan aku lepas ni aku akan lebih yakin nak design header. Tak seronok biarkan pelanggan tertunggu-tunggu hasil kerja kita.
Bagi yang masih belum tahu tentang kerja design header Wansteddy. Aku cas RM30.00 (tiga puluh ringgit Malaysia) untuk header + badge + poster mini.
Murah ke mahal? Member ofis kata tak berbaloi sebab aku perah otak jugak buat kerja ni. Walaupun aku ubahsuai template design aku yang sedia ada. Tapi tetap usaha tu. Masalahnya aku ni memang jenis tak reti nak letak harga. Sudahnya aku puas hati dah dengan harga RM30 tu heheh... Untung rugi tolak tepi. Yang penting pelanggan aka kawan suka, aku terlebih suka :)
Ada masa nanti aku upload semua hasil kerja header samada dari segala contest dan tempahan pelanggan.

Friday, March 19, 2010

Wansteddy Studio Bersiaran

Selamat Datang ke Wansteddy Studio. Pada asalnya blog ini dihasilkan untuk menguji keberkesanan hasil kerjaku yang terdahulu. Bagaimanapun kini aku jadikan blog ini sebagai blog rasmi segala hasil kerja seni lukisan dan seni reka hasil tanganku.
Segala kerja seni yang pernah dan sedang aku usahakan, akan aku persembahkan melalui blog ini. Dan mungkin persembahan seni akan ditutup pada blog utamaku yakni Wansteddy Tales. Tujuannya supaya tidak merojakkan blog lama dan blog baru :) Blog tersebut hanya akan menyiarkan kisah-kisah peribadiku serta keluarga dan kemeriahan contest giveaway kegilaanku. Diharapkan tiada yang keliru tujuan blog Wansteddy Studio ini ditubuhkan.
Secara tak langsung blog ini merupakan medium urusan perniagaanku secara online. Semoga azam aku untuk memulakan perniagaan ini terus berkobar dan tidak terhenti separuh jalan.
Kepada pembaca yang sudi menjengah blog ini, selamat datang kuucapkan. Jadikanlah blog ini tempat singgahan kalian mencuci mata. Jemput-jemputlah singgah selalu. Dan sudi-sudikanlah tinggalkan titipan komen sebagai pendorong serta membina kerjayaku dalam bidang perniagaan ini :)

Wansteddy Studio