Sekitar bulan Julai Wan siapkan tempahan segera kad undangan hari lahir dan sticker untuk anak lelaki Najlah yang bernama Fahd Hakeemi. Nama yang unik kan ;D Sis Najlah berpangkat kakak dengan Wan, tapi dah ter... panggil nama saja, rasa lebih mesra hehe.... Dan dalam kekabutan mencari link blog Najlah, sempena nak bina entry ini... google saja semestinya. Rupa-rupanya Najlah, pelanggan Wan ni seorang selebriti!
Beliau yang dimaksudkan ialah Najlah Ishak, mantan pengacara Wanita Hari Ini yang mengacarakan rancangan tersebut sekitar tahun 2002 hingga 2003. Jujurnya Wan terkejut juga bila tahu khabar ni. Sebab Sis Najlah memang takde citer pun siapa dirinya yang sebenarnya. Keseluruhannya senang bekerjasama dengan Sis Najlah sebab beliau dah sediakan spek design dan wording untuk disiapkan. Maka kerja jadi lebih mudah dan cepat, Cumanya disebabkan masa siapkan kerja design Sis Najlah. Wan terperangkap dengan kerja-kerja lain yang menuntut masa untuk disiapkan. Maka projek asyik on off. Mujurlah design dapat disiapkan pada masa yang sepatutnya. Phew!

Stiker design
Poster design - halaman depan
Poster design - halaman belakang
Ini projek pertama Wan dengan artis. Itu pun Wan tak tahu pun asalnya sampailah projek dah selesai. Dapat payment, berminggu lepas tu masa nak buat entry barulah tahu. Terima kasih berbanyak pada Sis Najlah kerana sudi berikan kepercayaan pada Wan lakukan kerja rekabentuk untuk sambutan hari lahir anak lelakinya. Rasa terharu sangat.