Wednesday, October 20, 2010
Monday, October 18, 2010
kenit.com
Rekabentuk header, badge dan poster berikut dihasilkan untuk blog shoppe Kenitku.com. Jemput bertandang ke blog ini yang dikendalikan oleh Cik Wardah. Dek kerana Cik Wardah memilih template design yang sedia ada, kerja membina keseluruhan rekabentuk menjadi mudah dan lancar. Hanya mengubahsuai sedikit sebanyak informasi bertepatan dengan tema blog. Terima kasih pada Cik Wardah kerana memberi kepercayaan kepada saya merekabentuk item-item yang berkenaan. Diharapkan Cik Wardah berpuas hati dengan hasilnya.

Badge design
Wednesday, October 13, 2010
Dolly Nerd
Harini banyak template dolly baru aku sediakan. Paling pening nak sediakan set latar belakang ruang pejabat. Sudahnya aku ambil insiatif latar belakang cermin besar dengan bangunan besar di belakangnya. Adalah sikit-sikit gambaran luar tingkap pejabat tempat bekerja ni.

Dolly terkini bukan untuk kerja tempahan luar. Sebaliknya tugasan untuk siapkan kerja di pejabat ni. Disebabkan terbahagi kepada tiga bahagian dengan kolum-kolum tertentu projek ni memang makan masa nak disiapkan. Namun bila hasilnya diperolehi, memang rasa puas hati. Sebab aku suka hasilkan semua vector sendiri dari copy paste vector-vector lama yang sedia ada.
Malangnya projek ni tak boleh dipaparkan sepenuhnya dalam blog sebab masih dalam proses pembikinan. Jemput tengok sikit hasil buah tangan hari ini.
Tuesday, October 12, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)