Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Tuesday, May 24, 2011

Dolly Fabulous Mommy

Dah lama rasanya tak berkongsi hasil kerja Wan kat blog ni. Ikutkan banyak kerja Wan yang sedia dipaparkan dalam blog ni. Tapi takde kesempatan nak bina entry baru. Kalau punya kelapangan, Wan akan paparkan hasil kerja Wan yang lepas. Yang dah sedia terima oleh pelanggan dan sebahagiannya hasil kerja Wan untuk projek pejabat dan peribadi.

Jemputlah lihat dolly terkini rekabentuk Wan. Dolly ini milik Ida yang lebih dikenali sebagai Fabulous Mommy. Ida menyukai kombinasi hijau pucuk pisang dan merah jambu gelap. Wan cuba hasilkan bentuk figure yang seksi sikit memandangkan Ida adalah usahawan dalam perniagaan Premium Beautiful. Untuk dapatkan maklumat lanjut, jemputlah bertandang ke blog Ida melalui laman blog Fabulous Mommy.

Sebuah badge dengan bingkai berkerawang untuk Ida. Tampilkan dalam medium warna klasik supaya boleh nampak 'in' dengan karektor dolly :) Trimas pada Ida sebab sudi berikan kepercayaan pada Wan hasilkan rekabentuk dolly dan signage untuk beliau. 

Akan datang, Wan akan kongsikan hasil kerja rekabentuk signage milik Ida pula. Tunggu.... :)

2 comments:

AcuRose on May 25, 2011 at 8:50 AM said...

mmg dh lama x tgk latest design wan..
mmg fabulous dolly tu wan..isk2
bergaya cam model.. :)

Wansteddy Tales on May 25, 2011 at 10:55 AM said...

AcuRose ~ wan asik tangguh je. mmg xde mood dah nak update kat blog ni hahhaa.. kdg2 pk nk combine artwork design dlm blog tales tu. tapi sayang juga nak lupus wansteddy studio ni. xpe la, pelan2 wan karang entry2 baru ;)

Wansteddy Studio