Ingat tak contest Capture 20'000 total dalam blog Wansteddy Tales dulu? Contest dah berakhir Disember lalu. Kejutan buat Wan kerana pemenangnya seramai 9 blogger! Wan sangkakan seorang je pemenangnya okey... Jadi terpaksalah hadiahnya dibahagikan lebih ringkas agar Wan dapat design ikut kemampuan. Masa, bilangan dan kualiti kerja yang harus diberi tumpuan. Pemenang pertama yang berjaya capture 20'000 ialah Hui-Wearn! Maka Hui Wearn dapat hadiah 3 pilihan design ikut kehendak beliau. Jom tengok jenis design pilihan Hui-Wearn!
Logo Blessed Kids. Boleh jengah online shoppe Hui Wearn di Facebook. Produk jualannya bermutu dan sangatlah comel-comel! Teruja Wan jengah tau.
Header Blessed Kids. Hui Wearn perlukan dua design header. Satu dengan caption Blog dan satu lagi tanpa caption. Wan sendiri teruja design header ni sebab seronok bermain dengan vector permainan kanak-kanak yang ceria dan berwarna-warni.
Ini antara contoh design terawal yang dihasilkan mengikut spek design kehendak Hui Wearn. Namun selepas beberapa pindaan. Logo final yang dipilih adalah seperti yang di atas. Sila skroll ke atas semula yek.
Ini logo pertama yang Wan design. Memang salah faham jugak sebab Wan tak baca spek Hui Wearn bagi betul-betul. Tapi best jugak kalau paparkan idea awal design dolly ni. Simpan buat kenangan hehe...
Dah lama tak deco design guna dolly gini. Hui Wearn pemilik pertama dolly gini. Diharapkan Hui Wearn berpuas hati dengan hasil yang diberikan. Tahniah juga pada Hui Wearn kerana memenangi tempat pertama contest ni!
4 comments:
comelnye.... design yang first cantik, tapi mcm utk thn baru cina...
Jutaan terima kasih Wan! Really like your vector design!
@Izzatul Iman
Trimas Izzatul :D
@Hui-Wearn
senang bekerjsama dengan Hui Wearn. Sori tau makan masa gak nak siapkan. bnyk kerja baru2 ni :D
Post a Comment