Buat sementara waktu saya terpaksa menutup tempahan dari pelanggan baru. Tempahan para pelanggan di dalam senarai menunggu masih dalam proses pembinaan. Ada di kalangan pelanggan yang belum dapat dihubungi semula, mungkin kerana sudah tak menggunakan alamat email yang sama.
Untuk pengetahuan para pelanggan. Dalam sebulan kadang kala saya menerima sebanyak 6 atau 7 tempahan sekaligus. Justeru apabila jumlah pelanggan terlalu ramai, maka kerja-kerja pembinaan rekabentuk terpaksa diperlahankan dengan memberi keutamaan kepada pelanggan terdahulu.
Tempahan berikutnya akan dibuka semula pada masa akan datang selepas saya bersedia menerima tempahan baru.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog Wansteddy Studio. Teruskan sokongan anda terhadap industri kreatif negara. Dan bersamalah kita membanteras aktiviti copycat!
0 comments:
Post a Comment