Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Monday, August 2, 2010

Dolly Kak Leha

Banyak dolly nak update tapi pelan-pelanlah. Tapi dolly yang ini agak istimewa. Dolly ini khas untuk Kak Leha. Aku hasilkan sebagai hadiah sempena persaraan beliau. Mula-mula nak buat dolly ni pakai baju kelwar. Style mak-mak kita kat kampung di rumah. Sempoi je. Tapi macam tak best pulak kan. Akhirnya aku bikin baju kelawar moden. Berlengan panjang. Ada la sikit-sikit tema baju kelawar tu hehe... Satu yang aku suka pada kak Leha. Dalam ramai-ramai kalangan rakan senior pejabat, beliaulah yang nampak ambil berat pada tahap kesihatan Damia dulu. Rajin bertanya pasal Damia. Itu yang buat aku terharu dan rasa hormat pada beliau. Selamat menjalani musim persaraan Kak Leha. "Lepas ni bolehlah bikin bisnes menjahit. Lepas tu bukak blog dan facebook pasarkan besar-besaran pulak! hehe..." Perkara lazim yang aku selalu sebut pada beliau.

2 comments:

AcuRose on August 2, 2010 at 10:20 AM said...

wow..santik lak baju kelawar moden tu wan.. kt mana nak beli eh..hehe
Dollie ni comey la wan.

Wansteddy Tales on August 3, 2010 at 10:58 AM said...

bila dah siap publish baru sedar bunga berselerak. halla... xpuas hati tgknya.

Wansteddy Studio