DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA

DILARANG MENCIPLAK < IDEA & SEGALANYA
Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Monday, August 9, 2010

Hawaii Dolly

Ingat tak dulu aku ada buat review pasal dolly Hawaii girl? Inilah hasilnya. Design ini untuk kegunaan party bertemakan Hawaii. Bagaimanapun akhirnya design ni tak jadi digunakan atas sebab-sebab tertentu. Jadinya design ni masih belum digunakan bagi mana-mana pihak. Andai ada yang berminat untuk tujuan publisiti jemputlah hubungi aku melalui email.

Rekabentuk asal dolly ini untuk tujuan pop up. Bahagian muka dolly akan ditebuk (lubang). Pengunjung party boleh la suakan muka pada pop up ni dan wajah mereka akan terpapar seolah-olah sedang memperagakan pakaian Hawaii. Sengaja aku design jugak wajah dolly ni, sebab rancangnya kalau design ni jadi digunakan bolehlah penganjur party jadikan dolly ni sebagai produk publisiti dan stationary lain jugak macam letterhead, pennant, flyers, pamplet dan lain-lain lagi.

Rumit sekali nak design dolly perempuan ni. Aku ambil masa lama bereksperimen dengan pakaian dolly Hawaii. Tapi bila dah siap sepenuhnya, memang rasa seronok tengok hasilnya.

Paling lama masa nak design ialah dolly lelaki. Aku tak suka lukis figure lelaki. Nak-nak tak berbaju macam ni. Tapi demi nak siapkan design ni aku teruskan jugak. Aku banyak rujuk gambar-gambar lelaki Hawaii dari google. Memang menjerihkan nak design figure lelaki ni hehe...

0 comments:

Wansteddy Studio