Creative Commons License
All illustrations are protected by copyright and may not be used or reproduced in any form without my permission. Thank you!

Thursday, August 19, 2010

Senarai Tempahan

Bermula dari bulan Jun lalu, saya menerima banyak tempahan dari pelanggan seluruh Semenanjung. Susunan jadual tempahan agak berselerak sebab saya tak simpan dalam folder khas. Masalah mula timbul bila pelanggan mula menuntut hasil design untuk mereka. Dek kerana kealpaan ini, saya merancang untuk buat senarai pelanggan di sudut blog ini. Sila semak di bahagian kanan sidebar.
Pada mulanya saya agak keberatan nak kongsikan maklumat ini. Dikhuatiri atas sebab beberapa perkara. Bimbang masalah design dibatalkan. Bimbang pelanggan boring tunggu lama. Tapi kalau tak kongsikan maklumat ini, pelanggan tak kan tahu kedudukan nombor giliran mereka.
Kelebihan senarai tempahan ini: Satunya boleh dijadikan peringatan kepada saya tentang bilangan sebenar pelanggan saya. Keduanya untuk memudahkan pelanggan tahu mereka berada pada kedudukan yang ke berapa. Saya tak masukkan sekali pelanggan yang telah siap menerima tempahan. Kalau dimasukkan juga dalam senarai boleh timbulkan lebih banyak kekeliruan.
Diharapkan dengan wujudnya senarai tempahan ini, pelanggan kesayangan saya dapat memahami situasi saya, kenapa design tempahan mereka lambat disiapkan. Prinsip saya, rekebentuk dilakukan mengikut giliran masing-masing. Andaikata berlaku percanggahan mungkin kerana design masih dalam pembinaan atau pelanggan perlukan khidmat pengubahsuaian. Justeru design diletakkan dalam mode ongoing.

2 comments:

Salina@IbuAqil on August 20, 2010 at 8:21 AM said...

Akak sokong apa yg wan buat.. Sbb bg akak lebih baik TAHU daripada TAK DIBERI TAHU apa2 status perkembangan.. Akak setuju wan buat list mcm 2.. ;o)Walaupun akak ditangga yg ke 11.. Janji wan bg feedback.. ;o)

Wansteddy Tales on August 20, 2010 at 8:46 AM said...

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil ~ trimas kak, insya'allah bila kerja2 proses design utk akak, saya akan beri feedback mengikut situasi.

Wansteddy Studio