Sebelum rekabentuk kad kraf, aku bina dulu dolly untuk Ena dan suami. Aku rujuk gambar perkahwinan Ena. Baju bersanding Ena berwarna emas tu memang menambat hati. Justeru aku warnakan dolly Ena dan suami dengan pakaian pengantin berwarna emas.
Ena & suami versi dolly wansteddy
Selepas siapkan sedikit sebanyak pengubahsuaian, barulah kad kraf ini dibina sepenuhnya. Aku memilih tema warna merah pink simbol cinta. Mulanya nak letak tema serba putih tapi warna akan ditenggelami dolly nanti.
Kad kraf tempahan dari Ena
0 comments:
Post a Comment