Header ini dihasilkan untuk Momma Mia aka Alin. Permintaan Alin sangat mudah. Beliau cuma mintak aku design dolly header untuk beliau. Tapi yang mudah itulah rumit sebenarnya. Bila aku dibekalkan dengan kepercayaan oleh pelanggan, usaha itu perlu dua kali ganda lagi. Disebabkan aku tak dibekalkan gambar oleh Alin. Aku terjah blog beliau hari demi hari untuk ceduk gambar keluarga Alin untuk hasilkan dolly khas keluarga mereka. Maaf ye Alin... hehe...
Design pertama, dolly Alin. Kerana rekabentuk wanita ini memang sedia ada. Aku cuma ubahsuai warna pakaian dan posisi dolly saja untuk memuatkan dengan situasi dramatik. Ewah!
Dolly kedua, baby Dzakirah dalam sut romper. Untuk menghasilkan dolly Dzakirah aku kerjakan masa 2 jam tanpa henti. Seronok bermain dengan karektor baby ni sebab gaya baby yang super inesen tu memang best dilukis.
Dolly ketiga dan ialah Damia comey. Dolly Damia ada tiga. Ketiga-tiganya berlainan baju berlainan hiasan dan berlainan posisi. Akhirnya aku siapkan dolly ketiga sebab dolly yang ini nampak lebih gojes untuk situasi keluarga ni. Sekali pandang macam pengapit pengantin kan. Aku suka kenakan anakku headband. Jadi satu headband untuk si cantik Damia.
Dolly terakhir dan paling mencabar. Dolly hb Alin. Terus terang aku kurang minat melukis karektor lelaki. Kerana itu dolly lelakilah paling lambat aku siapkan hahaha... Dolly ini hampir menyerupai hb Alin dengan kelengkapan seperti janggut dan cermin mata serta kemasan rambut.
Harapan aku Momma Mia berpuas hati dengan hasil kerjaku. Alin jugak bermurah hati mempromosikan hasil kerjaku ini di dalam blog beliau. Kunjungi entry Blog - Badge and new Header.
Design Pertama
Design keempat
Design yang lain-lain hampir sama? Yup! Kerana aku rekabentuk menyerupai warna blog Alin. Bagaimanapun Alin berminat dengan suasana outdoor. Maka dengan itu secara rasminya header Momma Mia sedia dipaparkan di dalam blog beliau. Dengan penuh sukacita, aku menjemput kalian singgah ke blog Momma Mia yang gojes.
Trimas Momma Mia.
Seronok bekerjasama dengan Alin.
6 comments:
pergh,..serious cantekk
trimas Nia ^^'
cute la design pertama tuh..
izza ~ trimas izza. akak buat random je. buh asal bubuh je xsangka Momma mia suka hehe
Hai Wan... hehe heran gak sbb wan tak mintak pun gamba family kami, so i believe u memang kreatip... hasilnya gah!!! i like it so much... 2 thumbs up! Thanks dear!! InsyaAllah lain kali kite kerja sesama lagi ek.
momma Mia ~ silap saya gak lupa mintak. trimas sudi beri kepercayaan kepada saya ^^
Seronok bekerjasama dengan Alin ><
Post a Comment